10 perkara yang mengganggu kesuburan lelaki

Terdapat beberapa kebiasaan tertentu diketahui dapat mengurangkan kualiti sperma. Misalnya berbasikal, yang dapat memberikan tekanan pada testis, bahagian yang mengeluarkan sperma. Tekanan pada zakar pun akan menyebabkan mati rasa dan mengganggu kemampuan ereksi.

Couple ignoring each other

Berikut merupakan 10 perkara yang  mengganggu kesuburan lelaki.

1. Merokok
Ini adalah salah satu kebiasaan buruk yang menjadi penyebab kesuburan lelaki terganggu . Kandungan nikotin dan tembakau pada rokok merosak sperma dan mengurangkan jumlahnya.

2. Berat badan
Berat badan juga perlu menjadi perhatian utama. Tak hanya berakibat buruk pada kesihatan secara keseluruhan, berat badan berlebih dapat mempengaruhi kesuburan juga. Obesiti penyebab perubahan hormon yang tidak normal sehingga menyebabkan kurangnya kesuburan lelaki.

3. Stres
Stres disebut banyak ahli reproduksi sebagai faktor penyebab gangguan kesuburan. Pada beberapa kes, stres juga dapat menyebabkan disfungsi ereksi.

4. Gadget
Kini gadget hampir tak boleh dipisahkan dari kehidupan kita. Namun, kebiasaan menaruh gadget di pangkuan/riba dalam waktu lama boleh berakibat buruk pada kesuburan lelaki. Gadget, terutama laptop, memberikan panas pada testis yang dapat merosak sperma.

5. Steroid
Untuk mendapat bentuk tubuh kental, ramai lelaki menggunakan cara segera, iaitu dengan suntik streroid. Padahal ini adalah salah satu penyebab infertiliti/ketidaksuburan yang tak dijangka.

6. Mandi air panas
Mandi air panas mungkin memberikan rasa nyaman dan rileks, tetapi juga punca ketidaksuburan. Hal ini kerana air panas yang mengenai testis akan merosak sperma. Penelitian menunjukkan, rutin duduk di sauna juga memberikan efek yang sama.

7. Radiasi handphone
Lelaki  sering meletakkan handsetnya di poket seluar. Padahal radiasi dari handset dapat mempengaruhi testis dan secara bertahap akan menjadi penyebab disfungsi ereksi dan infertiliti.

8. Alkohol
Alkohol mengurangi produksi testosteron sehingga berpengaruh pada penurunan jumlah sperma.

9. Seluar dalam ketat
Seluar dalam ketat membuat rasa panas pada testis yang mempengaruhi jumlah sperma dan fertiliti/kesuburan.

10. Ubat-ubatan terlarang
Orang yang terdedah oleh ubat-ubatan terlarang, seperti ganja, mungkin  mengalami penurunan jumlah sperma dan disfungsi ereksi.

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.