5 Kesalahan isteri yang menjadi penyebab kepada perceraian

Perceraian tidak selalu disebabkan kerenah lelaki. Kesalahan wanita juga boleh mendorong lelaki yang terbaik sekalipun, pergi.

Sebenarnya, ada lima kesalahan umum yang sering dilakukan wanita dalam perkahwinan dan harus dielakkan jika tidak ingin perkahwinannya berakhir seperti dipetik YourTango.

penyebab kepada perceraian

1. Isteri sering membebel pada suami

Perempuan membebel itu biasa meski kadang sebenarnya tidak perlu. Jangan biarkan anda menjadi jenis isteri seperti ini. Perhatikan cara anda bercakap dengan suami.

Tugas anda sebagai pasangan adalah mengangkatnya, tidak membuatnya jatuh semangat kerana ucapan anda. Bincanglah dengan sopan dan baik-baik. Berikan cinta daripada mencerewetkannya.

Kajian menunjukkan, otak lelaki tidak direka untuk memproses suara wanita maupun lelaki. Berkomunikasilah dengan suami secara berkesan. Anda tidak hanya perlu ingat dengan apa yang dikatakan, tetapi juga bagaimana cara mengucapkannya.

2. Isteri lupa pernah menjadi teman wanita suami

Teruslah menjadi kekasihnya meski kini anda adalah isterinya. Ingat bagaimana kerasnya usaha untuk memastikan kalau anda sempurna di depannya waktu awal hubungan. Jangan berhenti ketika sudah saling menerimakan cincin. Tetaplah seksi.

Memang, usia dan kehamilan serta faktor kesihatan yang lain boleh membuat tubuh berbeza. Tapi wanita harus menjaga tubuhnya untuk suami.

Buanglah baju tidur dan menggantikannya dengan pakaian yang seksi. Lelaki Lazimnya suka bila diinginkan dan dihargai seperti juga wanita. Kerana itu, jagalah sikap yang terbaik mungkin dengan menunjukkan kalau suami anda tak berbeza dengan hari pertama anda bertemu. Ini boleh menunjukkan ke suami anda kalau anda menghargainya dan anda menghargai hubungan anda.

3. Isteri tak berfikir seks sebagai keutamaan

Kalau seks dianggap sebagai hal kedua, mungkin itulah yang membuat lelaki takut dan menyesal berkahwin.

Seks lebih dari sekadar aktiviti fizikal. Kajian menunjukkan, seks merupakan keperluan bagi lelaki. Tentu anda tak ingin perasaan suami anda tak menginginkan lagi wanita yang dicintainya. Lelaki juga merasa terhibur dengan bercinta.

4. Wanita kurang mencabar di ranjang

Seks memang lebih dari sekadar hubungan fizikal. Lelaki secara semulajadi mendambakannya. Dengan keadaan itu, anda perlu berfikiran terbuka ketika suami mengajak bercinta.

Buka fikiran dengan cuba cara-cara baru dan menarik agar pernikahan tetap ‘hot’. Jauhkan fikiran untuk tak ingin mencuba sesuatu yang baru, sekurang-kurangnya sekali saja. Anda mungkin menikmatinya.

5. Isteri mengabaikan diri sendiri

Sebagai perempuan, wanita membiarkan dirinya bersama anak-anaknya, suami, dan kerjaya, serta tanggung jawab lain dengan mengabaikan diri sendiri.

Wanita jadi mengabaikan keinginan dan hasrat untuk diri sendiri seperti belajar bahasa baru, memulakan perniagaan kita sendiri atau cuba dunia baru.

Ingatlah, seorang isteri yang tak cerewet membuat seks semakin panas sehingga suami menjadi sangat berbahagia.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.