Apa Kata Isteri Ketika Tahu Suaminya Ejakulasi Pramatang?

Ejakulasi awal selalu jadi masalah seks paling menakutkan untuk lelaki. Salah satu punca lelaki merasa takut adalah pandangan isteri terhadap mereka berubah, dianggap kurang jantan dan tidak mampu memuaskan pasangan. Apakah anggapan para lelaki tersebut benar?

Kajian yang diterbitkan di Archives of Sexual Behavior pada 2013 lalu boleh menjadi jawapan dari soalan di atas. Penyelidikan tersebut melibatkan 450 lelaki yang mengalami ejakulasi pra-matang. Pasangan dari 450 lelaki tersebut juga menjadi responden kajian. Mereka semua diminta untuk memberikan penilaian dari skala 1-7 soal bagaimana perasaannya tentang ejakulasi awal. Skala 1 bermakna tidak masalah atau tidak membimbangkan ejakulasi awal dan skala 7 jika ejakulasi awal menjadi masalah besar.

Setelah penyelidikan didedahkan, anggapan para lelaki ternyata jauh berbeza dari pandangan wanita sebenarnya. Hanya 14% wanita yang menganggap ejakulasi awal sebagai masalah besar. Justeru para lelaki (38%) yang merasa problema tersebut sebagai suatu ‘isu’ penting.

Dari penyelidikan tersebut diketahui juga, kalau pun wanita merasa sedih ketika pasangannya ejakulasi awal, perasaan itu dipengaruhi oleh lelaki. Kenapa? Kerana pada dasarnya kepuasaan wanita sangat berkaitan dengan kepuasaan suaminya. Kalau lelaki malu atau marah dengan masalah ejakulasi dininya, hal itu ikut mempengaruhi wanita, mereka akan merasakan hal yang sama.

Kajian yang dipaparkan di atas boleh menjadi ‘peringatan’ yang baik untuk setiap pasangan bahawa anda tidak boleh andaikan sendiri. Penyelidikan menunjukkan lelaki terkadang salah menduga perasaan pasangannya soal ejakulasi awal. Mereka fikir isteri sangat kecewa dengan masalah tersebut, walau kenyataannya tidak sesedih itu.

“Dengan menyedari kalau pasangan (wanita) bahagia, lelaki boleh melepaskan bebannya untuk menjadi ‘sempurna’ di tempat tidur.”

Lelaki tidak perlu terlalu bimbang dengan pancutan awalnya kerana ada banyak cara untuk menyembuhkan masalah tersebut.

Antaranya teknik squeeze, dilakukan dengan mengeluarkan zakar apabila ingin terpancut kemudian dipegang dan diramas bahagian pangkal ‘kepalanya’. Tekanan yang dilakukan itu akan menahan respon keluarnya sperma.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.