Awas!!! Bila ghairah mula menurun

Pernahkan anda berhadapan dengan situasi di mana keinginan untuk bersama, tetapi sebaik berdua-duaan di dalam kamar, nafsu yang tadinya bernyala, tiba-tiba terbantut begitu sahaja.

Biarpun isteri mengoda dengan pakaian dan belaian manja namun semuanya lansung tidak berkesan.  Mengapakah perkara sebegini berlaku.Apakah ia salah satu dari beberapa perkara yang menyebabkan eraksi menurun?

Bila ghairah mula menurunHilang rasa cinta

Jangan anggap ia sesuatu yang remeh sebaliknya cari sebabnya dengan segera. Mungkin sesuatu telah berlaku antara anda dan pasangan. Selagi mampu diselesaikan maka cubalah bersungguh-sunguh. Jangan kerana hal yang kecil anda hilang keinginan untuk bercinta dengannya semula.

Libido menurun mendadak

Penurunan libido berlaku secara luar biasa usah dibiarkan. Ini kerana lama kelamaan anda tak mampu ‘ketahui’ dan rasai keghairahan yang dinikmati sebelum ini.

Tertekan dengan kerja

Masalah sebegini kerap terjadi pada individu yang kuat bekerja. Kalau boleh sepanjang masa ingin berada di pejabat.Kerana itu golongan seperti ini sering terperangkap dengan tekanan yang akhirnya berpanjangan. Tidak mustahillah jika mereka kurang berkeinginan untuk meluangkan masa bersama pasangan disebabkan penat ataupun tertekan.

Mudah marah

Hanya kerana perkara yang kecil, anda menjadi seorang yang cepat tersentuh. Pantang silap sedikit mulalah perasaan marahnya menggunung tinggi. Hal seperti ini harus ditangani dengan cepat agar tidak menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan kelak.

Seks sesuatu yang membosankan

Langsung tidak bersemangat apabila ajakan daripada pasangan. Kalau boleh ada sahaja alasan yang ingin diberikan untuk mengelakkan diri. Bagi golongan seperti ini,hubungan seksual bukan lagi sesuatu yang menyeronokkan bahkan membosankan. Puncanya masih jadi persoalan dan digalakkan supaya berjumpa dengan kaunselor bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Sering Penat

Penatnya hanya Tuhan yang tahu.Meskipun cuba menyembunyikan perkara itu daripada pasangan, tetapi hakikatnya tubuh tidak mampu menipu.Apatah lagi sekiranya ia berlaku hampir setiap hari. Agak-agaknya bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk tangani masalah begini?

Mood tidak menentu

Boleh dikatakan dalam tempoh satu bulan,anda sering bermasam muka malah mood untuk bermesra dan bermanja dengan pasangan pun tiada. Tiap kali diajak bersama, ada sahaja masalahnya. Harus diingat ia merupakan masalah yang perlu diselesaikan segera. Jika tidak rumah tangga anda berada dalam situasi bahaya.

Ultimax Pill adalah produk penambah tenaga seksual lelaki yang terbukti keberkesanannya…

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.