Awas Mati Muda! Lingkar Perut Melebihi Separuh Tinggi Badan?

Risiko kematian awal akibat penyakit kronik seperti jantung dan diabetes boleh dijangka dari perbandingan lilitan perut dengan tinggi badan. Parameter tersebut didakwa lebih tepat dibanding mengira Indeks Massa Tubuh (IMT).

Lingkar Perut Melebihi Separuh Tinggi Badan

Penyelidik dari Oxford Brookes University mengatakkan, lingkar perut seseorang sebaiknya tidak lebih dari separuh tinggi badannya. Semakin besar ukuran lingkar perutnya, maka risiko mati muda kerana pelbagai penyakit kronik akan meningkat.

Jika lingkar perut mencapai 80 peratus daripada tinggi badan, seseorang ada risiko meninggal 17 tahun lebih awal berbanding orang-orang dengan lingkar perut yang lebih kecil. Lingkar perut besar berkaitan dengan risiko sakit jantung, stroke dan diabetes.

Penemuan ini didedahkan semasa para saintis melakukan kajian kepada pelbagai responden pada tahun 1980-an. Pada masa itu, para saintis melakukan pengukuran terhadap lingkar perut dan kemudian membandingkannya dengan tinggi badan masing-masing.

Dengan membandingkan nisbah yang diperolehi, para penyelidik mendapati bahawa lingkar perut memberikan pengaruh yang ketara kepada harapan hidup yang diperhatikan beberapa puluh tahun kemudian. Juga menurut para saintis, nisbah ini lebih tepat dibanding IMT.

“Jika anda mengukur nisbah lingkar perut dengan tinggi badan maka anda mendapat perlindungan lebih awal jika terjadi sesuatu, dan kemudian anda boleh melakukan sesuatu untuk mengatasinya,” kata salah seorang penyelidik, Dr Margaret Ashwell seperti dipetik dari Telegraph, Selasa (14/5/2013 ).

Mengukur lilitan perut penting dilakukan kerana boleh menunjukkan jumlah lemak yang terkumpul di rongga perut. Lemak perut yang disebut juga visceral fat merupakan faktor risiko pelbagai penyakit penyebab sindrom metabolik yang boleh mencetuskan kematian awal.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.