Baca ini dulu! Calon isteri atau ibumu?

Seorang pemuda datang melamar wanita cantik dan kaya, akhirnya terjadilah kesepakatan. Namun tatkala si wanita mengetahui kerjaya ibunda si lelaki, maka si wanita memberi syarat, “pada waktu majlis pernikahan, ibumu tidak boleh datang”

Calon isteri atau ibumuSetelah berfikir, demi untuk merealisasikan perkahwinannya, si pemuda dengan terpaksa menyetujuinya. Namun sebelumnya ia menemui salah seorang guru agamanya untuk meminta pendapatnya

Si guru bertanya, “apa pekerjaan ibumu?

“Aku ditinggalkan, ayahku mati ketika umurku 1 tahun, akhirnya untuk membesarkanku, ibuku bekerja sebagai tukang cuci pakaian dan dia berjaya menghantar saya sampai jadi sarjana”. Jawab pemuda itu.

“Begini, hari ini kau pulang, dan kau cuci kedua tangan ibumu, besok kau kembali lagi kesini, aku akan beri pendapatku” jawab sang guru.

Pulanglah pemuda itu, dan dia mendekati ibunya dan mencuci kedua tangannya, dia melihat begitu kasarnya tangan ibunya, ada bekas2 luka dan kulit yg terkelupas, ia melihat keadaan itu sambil mencucurkan air mata.

Dan akhirnya ia tidak tahan untuk menunggu hari esok, dia berjumpa lagi dengan sang guru dan si pemuda berkata;

“AKU TIDAK AKAN MENGORBANKAN BONDAKU UNTUK SIAPAPUN DAN TAK AKAN MENIKAHI WANITA ITU”.

Ramai di kalangan kita yang sering melupakan budi baik ibu kita. Demi kenikmatan duniawi

Maka masanya untuk mencuci kedua tangan ibu kita yg selalu membelai kita dan membersihkan kita, Kerana suatu hari belaian itu akan pergi dan kau akan kehilangan tiket masuk surgamu …

Alangkah bahagianya ibu kita ketika kita telah berjaya dan tidak lupa untuk membahagiakan beliau, jaga ibu bapa anda sekalian .. kerana tanpa mereka anda belum tentu boleh seperti sekarang.

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.