Banyak Tonton Video Lucah, Dorong Suami Anda Selingkuh

Beberapa kajian mendedahkan sesekali pasangan suami isteri dapat memanfaatkan video lucah untuk menyemarakkan kehidupan seksual atau membantu mengembalikan ghairah bercinta mereka. Tapi waspada jika suami mula suka menikmati video porn sendirian kerana satu kajian baru mendedahkan kebiasaan ini dapat mendorongnya untuk curang.

video seksPenyelidik mendapati bahawa semakin sering seorang lelaki menonton video porno maka semakin besar peluangnya untuk berselingkuh dari pasangannya. Perkara ini senada dengan penemuan kajian sebelumnya yang menunjukkan bahawa lelaki yang berselingkuh tiga kali lebih mungkin menonton video seks secara rutin.

Lalu apa kaitanya? “Pornografi menawarkan idea pada lelaki agar dapat mengakses hubungan seksual yang bebas dan tanpa batasan dengan sesiapa pun, terutama dengan orang lain yang boleh jadi jauh lebih atraktif dari pasangannya sendiri,” terang penyelidik A. Marlea Gwinn dari University of Central Florida seperti dilaporkan dari menshealth.

“Meskipun anda menyedari jika apa yang dipaparkan dalam video seks itu tidaklah semulajadi, tapi gambar-gambar berahi yang ada menguatkan gagasan ada begitu banyak pasangan ‘alternatif’ yang lebih menarik dan patuh pada anda berbanding pasangan rasmi anda,” tambahnya.

Bahkan menurut Gwinn, gambar-gambar seks tersebut juga lebih memfokuskan diri anda dalam proses pembiakan dan naluri anda untuk membiak justeru lebih banyak digambarkan ketika anda bercinta dengan beberapa pasangan seksual berbanding ketika bersama pasangan rasmi anda.

“Jadi sebelum terlambat, pastikan anda tahu keadaan diri anda. Jika anda lebih banyak menghabiskan masa untuk membuka laman-laman seks daripada biasanya, inilah masanya untuk mengurangkan kecenderungan itu,” saran Rob Weiss, seorang ahli terapi ketagihan seks disahkan dan pengarah bahagian perkhidmatan gangguan seks dan keintiman di Elements Behavioral Health.

Pertama, Weiss mengesyorkan agar anda cuba mengelakkan laman atau gambar seks selama dua minggu. Dua minggu kemudian, barulah anda boleh menentukan target berapa kali anda boleh membuka laman web seks atau melihat-lihat gambar erotis, entah itu sekali dalam seminggu atau satu kali dalam sebulan.

Jika saat itu anda menyedari tak boleh lepas dari kebiasaan itu, Weiss menyarankan agar anda menggunakan software khusus untuk menyekat laman-laman web tertentu atau memberitahu rakan-rakan anda jika sewaktu-waktu anda melanggar target itu agar anda ditegur dan berhenti melakukannya.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Social, Psychological and Personality Science.

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.