Benarkah! Ketika Hubungan Bermasalah, Wanita Cari Penyelesaian & Lelaki Lebih Fikirkan Seks

Ungkapan lelaki hanya memikirkan seks mungkin terdengar berlebihan. Tapi mengikut kajian, itulah fakta sebenarnya. Lelaki cenderung lebih memikirkan seks bahkan ketika hubungan asmara dengan pasangannya berada di ambang bahaya.

Lelaki Lebih Memikirkan Seks

Jika wanita berusaha mencari rakan untuk meluahkan soal hubungan asmara atau perkahwinannya yang bermasalah, lelaki justeru lebih sering memikirkan bagaimana caranya mendapatkan seks lebih. Hasil kajian yang diperolehi berdasarkan wawancara dengan para kaunselor di Relate – badan amal di Britain yang khusus menangani masalah percintaan – mendapati bahawa lelaki cenderung tidak menyedari kalau hubungan dengan kekasih / isterinya sedang bermasalah. Walaupun tanda-tandanya sudah jelas.

Hasilnya, lelaki cenderung menghindarinya sampai masalah itu reda dengan sendirinya. Menurut mereka, mengikuti kaunseling bagi mengatasi masalah asmara dianggap sebagai sebuah kelemahan. Kalaupun akhirnya mahu kaunseling, pendekatan kepada kaunselor sangat berbeza daripada wanita.

Dalam menghadapi masalah asmara, wanita mengharapkan adanya komunikasi dan pemahaman secara intens dari seseorang yang diajaknya bicara. Mereka memanfaatkan penuh sesi kaunseling dengan psikologi, pakar psikiatri atau perunding perkahwinan sebagai peluang besar untuk meninjau kembali apakah hubungan yang dia jalani sihat. Sementara lelaki lebih suka pendekatan yang lebih praktikal.

Lelaki lebih melihat sesi kaunseling sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Mereka cenderung melihat ‘checklist’, atau senarai tentang apa saja yang diperlukan agar hubungannya kembali baik.

Sebagai tambahan data, David Wilkins dari Men ‘s Health Forum telah melakukan kajian dengan menemubual perunding di Brighton and Bournemouth. Salah seorang daripada mereka mengatakan, “Kadang lelaki berfikir kalau aku boleh berkomunikasi dengan baik (bersama) pasangan, bererti aku juga akan dapatkan seks lebih.”

Penasihat yang lain juga berpendapat seperti dikutip dari Daily Mail, “Lelaki baru akan mencari bantuan ketika masalah sudah parah. Saya rasa mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bererti saat masih di awal-awal masalah. Mereka lebih suka mendiamkannya dengan harapan ‘badai’ akan berlalu sendiri . “

Dia menambah, “Wanita akan mencari bantuan sebelum situasinya bertambah parah sementara lelaki ingin mencari dulu pecetusnya.”

Dengan kata lain, umumnya lelaki akan berkata, ‘Okey, itu masalahnya, mari segera cari penyelesaian dan move on dari situ.’ atau, ‘Apa yang akan kita lakukan? Beritahu aku caranya ‘. Sedangkan wanita lebih suka berfikir ‘Kenapa masalah itu boleh terjadi? Ada apa sampai itu terjadi? ‘Mereka akan mencari akar permasalahannya hingga akhirnya boleh move on. – wolipop

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.