Besarkan Buah Dada demi Kekasih, Nyawa Wanita Ini Melayang

Ingin kelihatan cantik di depan teman lelaki tapi kehilangan nyawa. Zoey Leung Kwan (24 tahun) wanita dari China meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara.

buah tunjuk langit

Koroner Michael Chan Pik-kiu berkata, mahkamah ternyata tidak boleh memutuskan apakah jumlah anastesi yang digunakan Leung melewati batas yang wajar sehingga koroner menyimpulkan insiden tersebut kerana kemalangan.

Leung ingin melakukan payudaranya sebagai kejutan untuk kekasihnya di sebuah klinik swasta di Nathan Road pada 30 April 2010. Namun, Leung mengalami masalah pernafasan serta kejang setelah diberi ubat bius.

Leung dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital dan meninggal pada 11 Mei seperti dikutip dari SouthChinaMorning Post.

Mahkamah sebelum ini mendengar wanita itu mempunyai berat 43 kilogram dan diberikan anastesi untuk wanita berat 50 kg.

Selepas mengkaji keputusan itu, ibu Leung, Lam Fuk-fa, mengatakan kematian anak perempuannya itu lebih kepada kesalahan manusia dibanding kemalangan.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.