Buah zakar Bayi Dimakan Monyet masa Ganti Lampin di Zoo

Bayi mudah terdedah terluka kerana kulitnya masih tipis. Kerana itu orang tua perlu memberi perhatian tambahan, apalagi jika membawa bayi berjalan-jalan ke tempat seperti taman haiwan. Jika terlepas dari pengawasan ditakuti terjadi sesuatu yang tidak diingini, seperti yang terjadi di China beberapa hari lalu.

Buah zakar Bayi Dimakan Monyet masa Ganti Lampin di Zoo

Dipetik dari Mirror, seorang bayi 8 bulan dikejarkan ke hospital setelah seekor monyet menarik testisnya hingga putus dan memakan salah satunya sebelum melarikan diri. Peristiwa itu terjadi di Guiyang Qianling Wildlife Park di Guiyang, ibu kota wilayah Guizhou, barat daya China.

Peristiwa bermula ketika si ibu si bayi akan menukar lampin anaknya. Tiba-tiba datanglah seekor monyet dan kemudian menarik buah zakar si bayi hingga putus. Testis itu lalu dijatuhkan oleh monyet dan seorang lelaki tua dilaporkan mengambil testis tersebut. Namun monyet itu merebutnya lagi dan kemudian memakan salah satunya.

Meski mengalami luka, namun bayi laki-laki itu boleh diselamatkan. Demikian laporan media-media China.

Jumlah monyet di zoo tersebut membiak dari 70 menjadi 500 ekor dalam beberapa tahun kebelakang ini. Haiwan-haiwan ini diberi makan tiga kali dalam sehari oleh para penjaga. Namun demikian pengunjung banyak yang memberi makan monyet walaupun pekara ini telah dilarang.

Akibatnya terjadi perubahan tingkah laku pada monyet. Beberapa monyet menjadi ‘nakal’ sehinga menimbulkan pelbagai insiden dengan tahap kecederaan yang serius.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.