Budak Perempuan, 8 tahun meninggal dunia pada malam pertama perkahwinan…

Malang sungguh nasib budak perempuan berusia 8 tahun ini. Beliau  meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada alat kelaminnya di malam pertama perkahwinan selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang lima kali ganda umurnya.

rawan_budak perempuan berusia 8 tahun meninggal dunia pada malam pertama perkahwinan

Arwa Othman, seorang aktivis hak asasi terkemuka, berkata, gadis itu yang hanya dikenali sebagai Rawan, telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

“Pada malam perkahwinan dan selepas hubungan seks, dia mengalami pendarahan teruk pada kemaluannya yang menyebabkan kematian beliau,” kata Othman. “Mereka membawanya ke klinik tetapi petugas tidak dapat menyelamatkan nyawanya.”

Othman berkata pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.

Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan sebarang kejadian itu telah berlaku.

Tetapi dua penduduk Meedi mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.

Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.