Cara mudah dan murah untuk jadi lelaki perkasa diranjang

Ada cara mudah dan murah untuk meningkatkan keperkasaan lelaki, yakni dengan rajin berjemur. Menurut kajian, pendedahan kepada cahaya matahari dan jumlah vitamin D yang cukup akan meningkatkan pengeluaran testosteron, hormon yang mempengaruhi libido.

lelaki perkasa diranjang

Dalam kajian yang dimuat dalam Journal Clinical Endocrinology terhadap lebih dari 2.299 lelaki diketahui lelaki yang mempunyai kadar vitamin D yang tinggi ternyata mempunyai level hormon seks yang tinggi pula.

Kadar hormon testosteron yang rendah akan mempengaruhi libido lelaki dan menurunkan kadar tenaga. Testosteron juga berperanan penting, baik pada lelaki atau wanita, untuk menjaga kekuatan otot dan kepadatan tulang.

Penyelidik dari Medical University of Graz, Austria, mencari lelaki yang mempunyai kadar vitamin D kurang daripada 30 nanogram per milimeter darah, mempunyai testosteron lebih tinggi berbanding dengan mereka yang kekurangan vitamin D.

Kerana para responden dalam kajian tersebut adalah lelaki yang tinggal di negara empat musim, maka diketahui level testosteron mereka memuncak pada bulan Ogos dan turun drastik di musim sejuk, terutama di bulan Mac.

Profesor Winfriend Marz, yang melakukan penyelidikan ini, menyatakan bahawa fokus kajian para saintis saat ini adalah mencari tahu apakah suplemen vitamin D mempunyai kesan yang sama pada level testosteron.

Walaupun begitu, para pakar kanser mengingatkan bahawa terlalu banyak pendedahan kepada cahaya matahari membawa keburukan pada kesihatan.

“Secara perubatan sebenarnya kita boleh meningkatkan kadar libido lelaki melalui pemberian terapi tambahan testosteron,” kata Allan pacey, pakar andrologi.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.