Gadis rela diratah 5 lelaki kerana kasihan teman lelaki tak ada duit beli dadah

Seorang gadis sanggup membiarkan tubuhnya diratah lima lelaki semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah bagi teman lelakinya.

Gadis berusia 17 tahun dari Kampung Paya Jenun, Pendang, dikatakan lari dari rumahnya 18 Januari lalu dan satu laporan polis dibuat oleh bapanya berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, bapa mangsa bersama empat sepupunya pergi ke rumah di Gurun, selepas mengetahui anaknya berada di situ hasil maklumat awam.

Mangsa kemudiannya ditemui oleh keluarganya di rumah itu kira-kira 3 pagi Ahad lalu dan mendakwa dirogol enam lelaki.

“Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki, tiga daripadanya dikenali,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, hasil siasatan awal mangsa mengaku melakukan hubungan seks lebih 10 kali dengan teman lelaki secara sukarela.

“Mangsa juga menceritakan dia melakukan seks bersama lima rakan teman lelakinya kerana kasihan dia tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

“Mangsa sanggup melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan dadah untuk teman lelaki secara sukarela,” katanya.

Md Zukir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan kesihatan.

“Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hina Agung : Faiz Menangis Gara-gara Lesen Perubatannya Bakal Di Gantung?

Apa masalah penjawat awam macam ni pun tak tau. Masih bekerja sebagai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang.

Namun melihat wall nya cukup berani menentang arahan2 kerajaan termasuk arahan KSN agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram.

Malah ada juga statusnya memaki hamun ketua2 jabatan dan pakar2 hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan vagina (pilih jantina).

Status2nya memaki hamun pemimpin negara saban hari dan terkini kurang ajar pula mempertikaikan sifat soleh YDP Agong kita yang gemar beribadat dan disuruh pula meletakkan jawatan Agong.

Doktor pelatih belum sah dalam perkhidmatan sebenarnya. Mereka perlu sah dalam perkhidmatan sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh. Melihat kepada sikapnya yang biadap kepada Seri Paduka Baginda YDPA, kerajaan harus tegas bertindak kerana kesetiaan kepada YDPA adalah merupakan perkara asas bagi setiap penjawat awam dan langsung tidak boleh dikompromikan.

Penjawat2 awam seperti ini lah yang akan terus menerus mengkhianati dasar2 kerajaan dan sabotaj kerajaan dari dalam.

Tapi seperti biasa… tidak akan ada tindakan pada penjawat awam seperti ini. Hanya yang setia pada kerajaan yang akan kena tindakan2 pantas dan keras. Dia akan dilepaskan, menjadi doktor, jadi kaya raya dengan lari ke private dan berterusan memaki hamun kerajaan yang membiayai pengajiannya di Mesir.