Suami Paksa Isteri Menjilat Kemaluan Anak Ditahan

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek berumur 37 tahun itu telah berjaya ditahan di Batu Berendam Melaka, kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Harian Metro.

1

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman esok,” katanya.

Terdahulu, isteri kepada suspek mendakwa sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, dia telah ditumbuk, ditendang dan dipaksa melakukan hubungan seks meskipun masih berada dalam pantang. Malah lelaki itu pernah memaksanya melakukan perbuatan menjijikkan iaitu menjilat kemaluan anak lelakinya sendiri.

“Selepas seminggu berkahwin, dia mula berubah. Dia akan memaki hamun saya tanpa sebab dan sekiranya anginnya kurang baik. Saya dipukul, ditendang dan dipaksa melayan nafsunya meskipun masih dalam pantang sehingga kemaluan saya terkoyak,” katanya yang sudah cukup lama bersabar dengan lelaki itu.

Bagaimanapun, ekoran dari kejadian pada 18 September lalu di mana mangsa dicekik, kepala dihentak dengan komputer bimbit, lehernya dihunus dengan parang dan dipaksa menjilat kemaluan anak, mangsa nekad keluar dari rumah dan membuat laporan polis, selain memfailkan tuntutan cerai.

Gadis Kecil 9 Tahun Diperkosa 10 Lelaki Hingga Hamil

ISIS tidak berhenti melancarkan tindakan kejam. Banyak tindakan melawan hukum yang mereka lakukan, dan kali ini seorang gadis yang sangat muda yang menjadi mangsa.

hamil diperkosa

Melaporkan dari dailymail.co.uk, kanak-kanak berumur 9 tahun terpaksa menderita secara fizikal dan mental selepas kira-kira 10 lelaki yang disyaki anggota ISIS memperkosanya. Menurut saksi, ia berlaku apabila gadis itu telah diculik oleh anggota pengganas yang meminta wanita sebagai kambing hitam.

Gadis remaja tersebut kini sedang hamil. Menurut doktor, kehamilannya tersebut sangat berbahaya dan boleh membuatnya meninggal dunia ketika melahirkan. Hal tersebut kerana usia gadis tersebut masih terlalu muda untuk melahirkan seorang bayi. Doktor juga mendedahkan bahawa walaupun operasi sesar pun belum tentu menjamin keselamatannya.

Kerana keadaan tersebut, gadis yang berasal dari desa Yazidi tersebut kini dibawa ke Jerman untuk menerima rawatan intensif. Selain nyawanya terancam, dapat dibayangkan bagaimana trauma mental yang dialami gadis malang tersebut. Semoga ia sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati dalam melalui masa-masa hadapannya.