Mat Sabu Kata Najib Akan Mati Tak Lama Lagi

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berang dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas Ketua Menteri Pulau Pinang diatas tuduhan rasuah.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu dengan nada marah mendakwa SPRM membuat pendakwaan terpilih dengan memberkas Guan Eng.

mat_sabu_sprm

“Jangan buat mayat Lim Guan Eng seperti kamu buang mayat (Teoh) Beng Hock. Jangan buang mayat (Ahmad) Sarbiani seperti kamu buang mayat pegawai kastam (itu) di Kelana Jaya.

“SPRM, kamu bertangungjawab kepada Tuhan. Najib akan mati tak lama lagi,” katanya di perkarangan Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, malam tadi.

Petang semalam, SPRM dengan waran menyerbu Guan Eng di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.

Guan Eng keluar dari pejabatnya sekitar jam 6.30 petang diiringi peguamnya R.S.N Rayer bersama penguatkuasa SPRM menuju ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini.

“Saya harap pegawai SPRM bawa bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam Beng Hock! Jangan buat macam Sarbani!” ujar bekas pemimpin PAS itu.

Kenyataan Mat Sabu menyebut Beng Hock dan Ahmad Sarbaini merujuk kepada dua kes kematian suspek SPRM yang mati dalam tahanan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai jatuh dari bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam selepas ditahan SPRM untuk soal siasat sementara Ahmad Sarbaini ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di jalan Cochrane.

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar.

Pengumuman serta keputusan rasmi dan penuh bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P67) dan Sungai Besar (P93) yang diadakan pada hari Sabtu 18 Jun 2016 dijangka akan diumumkan sekitar jam 9 malam, hari ini.

Menurut makluman daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil itu berkemungkinan dapat diketahui lebih awal dari jangkaan.

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar. Sekiranya terlewat bagaimanapun hanya dalam tempoh yang singkat Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P67) dan Sungai Besar (P93)diadakan berikutan kerusi-kerusi Parlimen tersebut telah mengalami kekosongan luar jangka berikutan kembalinya ke rahmatullah Yang Berhormat Dato’ Wan Mohamad Khairil bin Wan Ahmad dan Yang Berhormat Dato’ Noriah binti Kasnon.

Kedua-duanya terlibat dalam nahas udara di Sarawak beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-11 yang lalu.

SENARAI PENUH PENCALONAN PRK PARLIMEN KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR 2016 SERTA KEPUTUSAN PENGUNDIAN

Berikut adalah keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak (P67) dan Sungai Besar, Selangor (P93) yang akan dilengkapkan sebaik sahaja pengumuman dibuat.