Keluar Dari UMNO, Tun M Bakal Menubuhkan Parti Baru?

Hangat diperkatakan oleh ramai pihak sejak kelmarin apabila diberitakan Tun Dr Mahathir berkemungkinan besar meninggalkan UMNO selepas Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tindakan ini dilakukan oleh beliau kerana beliau sudah tidak lagi yakin terhadap badan kepimpinan UMNO pusat yang pada hemat beliau semakin jauh dari asas UMNO yang beliau tubuhkan pada tahun 1988.

mahathir_mohamad

Disamping itu, beliau dikhabarkan tidak lagi mempercayai ketelusan UMNO sehingga menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz menjadi korban politik di Kedah. Menurut sumber, beliau menegaskan, belum pernah terjadi didalam UMNO seorang Menteri Besar digugurkan dengan cara kotor demikian.

Disebabkan kekecewaan yang mendalam terhadap apa yang berlaku di Kedah, beliau mahu menubuhkan satu parti baru bagi menidakkan kekuasaan UMNO kerana beliau yakon dapat menarik keluar ramai ahli UMNO yang masih taat kepada beliau. Parti baru itu nanti dikatakan bakal di ketuai oleh anak beliau, Datuk Seri Mukhriz.

Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran perkara ini, namun menurut satu sumber yang rapat dengan Tun M memberitahu, beliau sememangnya begitu serius menimbangkan untuk menubuhkan satu parti atau mengambil alih beberapa parti politik kecil seperti parti KITA atau Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Menerusi parti baru ini, beliau menjangkakan akan dianggotai oleh mereka yang tidak lagi mempercayai kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dan lebih memudahkan beliau untuk meneruskan serangan beliau terhadap kerajaan menerusi beberapa skandal yang masih dan sedang membelenggu kerajaan yang ada hari ini.

Andai ini berlaku, ini adalah kali ketiga UMNO berhadapan dengan parti pecahan baru setelah konflik dalaman UMNO membawa kepada penubuhan parti Semangat 46. Ini sekali lagi diulangi pada tahun 1998 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat dan digugurkan daripada UMNO berikutan salah laku.

Tindakan awal Anwar pada ketika itu, menubuhkan Parti Adil bagi berjuang bagi pihak beliau menentang ketidak adilan pentadbiran Tun M semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri. Andai Tun M benar-benar komited mahu menubuhkan satu parti baru atau mengambil alih parti-parti kecil sedia ada, pastinya ia menjadi kejadian ketiga penubuhan parti serpihan daripada UMNO. – pru14

SPRM pertahan siasatannya terhadap akaun PM

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  adalah berlandaskan kepada undang-undang.
 
“Tanpa adanya sebarang niat jahat,” kata sumber yang rapat dengan siasatan SPRM.

“Berdasarkan seksyen 72 Akta SPRM 2009, pegawai kami diberi kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta ini memandangkan siasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati.”

Seksyen 72 Akta SPRM adalah satu klausa yang panjang, antaranya menyatakan, “tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa juga prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai SPRM, mana-mana anggota lembaga penasihat atau jawatankuasa khas SPRM atau mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak suruhanjaya itu, dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati.”
 
Peruntukan ini dipercayai digunakan dalam mempertahankan SPRM daripada tindakan undang-undang dyang difailkan oleh keluarga Teoh Beng Hock keluarga yang ditemui meninggal dunia pada 2009 di luar pejabat SPRM selepas dia disoal siasat oleh pegawai SPRM.
 
Bagaimanapun, kes sivil itu telah diselesaikan secara baik sebelum ia sampai kepada perbicaraan penuh apabila kerajaan bersetuju untuk membayar RM660,000 sebagai ganti rugi.
 
Tujuh pegawai SPRM setakat ini telah disoal siasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 124B bagi aktiviti yang “memudaratkan demokrasi berparlimen”.

Pertama yang disoalsiasat ialah timbalan pendakwa raya SPRM, Ahmad Shazalee Abdul Khairi, oleh tiga pegawai kanan – Pengarah bahagian operasi khas Datuk Bahri Mohd Zin (gambar), pengarah forensik IG Chandran dan orang nombor tiga Bahri – Roslan Che Amat .
  
Dua pegawai penyiasat yang bertugas di bahagian operasi khas juga telah disoal pada hari Selasa, dan ini diikuti oleh pihak polis menyoal siasat timbalan Bahri – Datuk Tan Kan Sai – yang merupakan seorang yang ketujuh dalam senarai itu.
 
Terdapat ketidakpastian sama ada dua daripada pegawai SPRM – Roslan dan pegawai penyiasat kes itu – telah ditangkap semalam dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikannya, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali bertegas sebaliknya.
 
Polis juga telah menggeledah pejabat khas bahagian operasi SPRM pada hari Sabtu dan sekali lagi malam tadi. Difahamkan polis juga mengeledah rumah pegawai disoal siasat itu, termasuk Bahri.
 
Ini membuat Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan mencari dalang yang mengarahkan polis mengganggu pegawai SPRM dan dengan itu menjejaskan siasatan mereka terhadap akaun bank Najib.
Dilaporkan SRC telah memindahkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.
 
SRC International dimiliki Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Najib.
 
Ini adalah sebagai tambahan kepada AS$681 juta yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank Najib pada Mac 2013 – dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.
 
Najib telah mendakwa bahawa beliau tidak mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi, manakala SPRM berkata wang tersebut adalah “sumbangan penderma”.