Ciri-ciri Mandul pada Lelaki dan Wanita

Tidak mempunyai keturunan atau anak setelah berkahwin tentunya menjadi kesedihan tersendiri bagi setiap pasangan. Mungkin tidak boleh mempunyai keturunan tersebut disebabkan kerana salah satu dari pasangan mengalami kemandulan. Mandul boleh terjadi kepada siapa saja, baik wanita mahupun lelaki.

Ciri-ciri Mandul pada Lelaki dan Wanita

Faktor ciri-ciri mandul pada wanita hanya satu pertiga daripada jumlah kes kemandulan, sepertiganya lagi merupakan faktor lelaki, dan satu pertiga selebihnya merupakan gabungan antara faktor lelaki dan wanita. Untuk mengetahui kesuburan lelaki boleh dilihat dari aspek sperma yang dikeluarkan.

Dari situ boleh dilihat ciri-ciri mandul apakah sperma yang dikeluarkan baik atau tidak. Sedangkan untuk mengetahui kesuburan seorang wanita, biasanya dilihat dari kitaran haidnya. Gangguan yang paling sering dialami wanita mandul adalah gangguan ovulasi. Bila ovulasi tidak berlaku, maka tidak akan ada sel telur yang boleh disenyawakan.

Ciri-ciri mandul

Salah satu ciri-ciri mandul pada wanita yang mengalami gangguan ovulasi iaitu haid yang tidak teratur atau tidak muncul sama sekali. Gangguan lain yang boleh menyebabkan kemandulan pada wanita, antara lain:

Ciri-ciri mandul pada wanita

1. Tertutupnya lubang saluran fallopio. Tertutupnya lubang saluran fallopio yang disebabkan kerana jangkitan, endometriosis, dan pembedahan pengangkatan kehamilan ektopik.

2. Ciri-ciri mandul yang kedua adanya gangguan fizikal rahim. Gangguan fizikal rahim ini, seperti haid yang tidak teratur atau tidak muncul sama sekali dan kesakitan haid yang diluar kebiasaan. Jika anda selalu merasakan kesakitan haid yang tidak biasa, maka pergilah ke pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat bagi masalah tersebut.

3. Penyakit radang pelvis. Penyakit radang pinggul ini merupakan suatu keradangan pada tiub faloppi atau saluran yang menghubungkan ovari dengan rahim. Biasanya keradangan menyerang kedua fallopio dan jangkitan boleh merebak ke rongga perut dan menyebabkan radang selaput perut.

4. Ciri-ciri mandul yang ke-empat adalah keguguran lebih daripada sekali. Keguguran merupakan kegagalan kesinambungan proses kehamilan secara spontan pada usia lebih awal atau sama dengan 20 minggu. Keguguran akan menjadi masalah serius jika terjadi berulang. Gangguan yang terjadi tersebut boleh saja terus meningkat apabila anda mempunyai gaya hidup yang tidak sihat, seperti merokok, terlalu gemuk atau kurus, meminum alkohol, kekurangan pemakanan, stres, mempunyai penyakit menular pada kelamin, dan umur.

Umur boleh menurunkan kemampuan seorang wanita untuk hamil kerana kemampuan ovari melepaskan sel telur menurun seiring peningkatan usia, mutu sel telur menurun, dan terdedah mengalami keguguran. Bagi wanita sihat yang berusia di bawah 30 tahun, tak perlu bimbang akan mandul kecuali anda telah berusaha selama setahun untuk sekadar hamil. Bila hal tersebut berlaku, maka anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesuburan. Namun, bagi perempuan yang berusia di atas 30 tahun, mereka harus segera ke doktor bila tak kunjung hamil.

Ciri-ciri mandul pada lelaki

Mengetahui kesuburan lelaki sama pentingnya dengan mengetahui kesuburan pasangan wanitanya dalam menentukan sebab-sebab kesulitan memiliki anak. Ujian kesuburan lelaki biasanya dilakukan melalui analisis air mani untuk mengetahui jumlah, kualiti, gerakan, dan ciri-ciri lain dari sperma yang dihasilkan lelaki. Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia), ciri dan kriteria kesuburan seorang lelaki boleh dilihat dari aspek sperma yang dia keluarkan. Menurut WHO, berikut Ciri-ciri sperma yang tidak baik secara makroskopis:

1. Tidak mempunyai isipadu sekitar 2-5 mililiter.

2. Tidak berbau khas.

3. Tidak cair dalam masa kurang daripada satu jam jika di luar organ-organ pembiakan wanita.

4. Tidak berwarna putih keruh dan tidak kental.

5. Setiap mililiter sperma tidak berjumlah kira-kira 20-40 juta dengan 30 peratus diantaranya berbentuk normal.

6. Pergerakkannya tidak baik.

7. Ciri-ciri mandul yang terakhir adalah adanya pergumpalan (dua spermatozoa yang melekat). Jika ciri-ciri tersebut anda miliki, maka akan terjadi beberapa kelainan pada sperma yang dihasilkan, seperti oligozoospermia (jumlah spermatozoa yang dihasilkan kurang dari 15 juta), astenozoospermia (gerakan spermatozoa tidak normal), teratozoospermia (jumlah spermatozoa yang normal jauh di bawah 30 peratus ), azoospermia (sperma yang dikeluarkan hanya berupa cecair), dan aspermia (tidak ada sperma yang dikeluarkan).

Penyebab kemandulan seorang lelaki itu terbahagi menjadi dua. Pertama adalah faktor genetik. Lelaki dengan kromosom yang berjumlah 47 jenis XXY tidak akan menghasilkan sperma. Sedangkan lelaki dengan jumlah kromosom 46 jenis XX, proses pembuatan spermanya akan terganggu.

Penyebab yang kedua adalah faktor dari luar yang boleh didapati dari penyakit, seperti varicoceles atau hernia.

Penyakit tersebut boleh berpotensi menyumbat saluran sperma. Selain itu, radiasi juga boleh menurunkan kesuburan lelaki, bahkan menyebabkan kemandulan. Kemandulan juga seringkali disebabkan oleh penyakit berjangkit pada kelamin, seperti gonorea dan chlamydia. Kedua-dua penyakit ini pada awalnya mungkin tak menunjukkan gejala. Gejala baru timbul setelah terjadinya keradangan pinggul atau salpingitis. Untuk itu, anda dianjurkan untuk menjalani perilaku hubungan intim yang selamat guna mengurangkan risiko kemandulan di masa yang akan datang. – republika.co.id

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.