Cuba besarkan Zakar, akibatnya Kanser hingga mati sia-sia

Banyak cara yang diguna pakai oleh masyarakat yang didakwa dapat memperbesar alat kelamin lelaki, baik menggunakan ubat ataupun cara-cara tertentu. Tetapi secara ilmiah, tidak ada cara sihat yang boleh membesarkan zakar.

Membuat zakar yang lebih besar dan panjang, cara-cara yang dilakukan lelaki tersebut boleh membuatnya mendapatkan malapetaka. Risikonya boleh kena kanser zakar hingga membuat nyawa melayang.

zakar besar

Berikut beberapa lelaki yang cuba-cuba memperbesar ukuran zakarnyaya dengan cara-cara yang belum terbukti kebenarannya.

1. Lelaki 50 tahun asal Thailand

Seorang lelaki berusia 50 tahun asal Thailand, harus dirawat di hospital di Bangkok selepas menyuntik minyak zaitun tanpa kebenaran ke zakar agar kelihatan lebih besar. Bukannya makin ‘jantan’, minyak zaitun justeru menyebabkan jangkitan yang begitu mengerikan di buah zakarnya.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya itu dilaporkan mengalami kecederaan pada zakar tapi menolak untuk pergi ke doktor hingga akhirnya mengalami jangkitan teruk. Ketika memutuskan ke rumah sakit, lukanya terlalu parah dan doktor mendapati kanser di kelaminnya, yang membuat penisnya harus dipotong.

2. Suntik kelamin dengan minyak zaitun

Ternyata bukan pertama kalinya ada kes lelaki menyuntik minyak zaitun ke kelamin. 5 Tahun yang lalu seorang lelaki juga melakukan perkara yang sama untuk mendapatkan saiz kelamin yang lebih besar. Selama 4 hingga 5 tahun zakarnya memang lebih besar, namun selepas itu anunya mengalami jangkitan dan harus dipotong.

Pada tahun 1995, sebuah artikel yang disiarkan dalam American College of Chest Physicians melaporkan seorang lelaki mengalami kegagalan pernafasan selepas prosedur penyuntikkan minyak zaitun ke zakar, yang menyebabkan luka pada paru-paru dan alat kelamin.

3. Justin Street, suntik silikon di kelamin

Pada 5 Mei 2011, Justin Street yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat, datang ke sebuah klinik haram yang dikendalikan oleh doktor perempuan bernama Kasia Rivera (34) untuk membesarkan alat kelaminnya. Doktor yang akhirnya diketahui bukan doktor sebenar itu menyuntik silikon cair melalui prosedur disebut sebagai pumping party.

Sayangnya hanya sehari selepas disuntik, Justin dilaporkan mati secara mengejut dan tidak sempat dibawa ke rumah sakit. Hasil bedah siasat menunjukkan, Justin mengalami embolisme atau pembengkakan silikon di paru-paru. Pembengkakan itu menyumbat aliran darah di paru-paru sehingga bekalan oksigen ke seluruh tubuh berhenti kesemuanya.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.