‘Dipaksa’ menunggu dua jam, wanita ini beranak atas rumput

Dengan kedudukan separuh mencangkung, si ibu memperlihatkan raut kesakitan dan yang mengejutkan tepat diantara kedua kakinya, ada seorang bayi yang baru lahir dengan kulit masih merah dan ari-ari yang masih melekat pada ibunya. Apa yang sebenarnya berlaku?

'Dipaksa' menunggu dua jam, wanita ini melahirkan Anakk diatas rumput

Pihak berkuasa di Mexico campur tangan untuk menyiasat mengapa wanita ini tidak melahirkan di dalam klinik. Kerana ternyata menurut keterangan surat khabar La Razón de México yang merilis foto kontroversi itu, wanita ini dipaksa menunggu selama dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.

Wanita ini akhirnya dikenalpasti sebagai Irma López Aurelio. Awalnya wanita berusia 28 tahun ini terbangun di rumahnya sebelum subuh pada tanggal 2 Oktober 2013 kerana penguncupan yang sangat kuat pada perutnya.

Sesampainya di klinik, ketuban Lopez pecah. Kakitangan di klinik itu memang memeriksanya, tapi anehnya mereka tidak memasukkan Lopez ke ruang bersalin. La Razon melaporkan klinik itu mengaku pada saat Lopez akan melahirkan mereka kekurangan kakitangan.

Dua jam kemudian, atau sekitar pukul 8 pagi, Lopez menjatuhkan salah satu lututnya di atas rumput di luar klinik dan mula ‘meneran’. Ibu dua anak ini tahu betul bila masanya bayi akan keluar.

Barulah setelah itu beberapa kakitangan klinik berlari keluar untuk membantu si wanita dan kemudian ibu dan bayi laki-lakinya yang sihat itu terus dibawa masuk dan diberi rawatan yang mereka perlukan.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.