Dipegang Sedikit, 8 Titik Ini Buat Lelaki Terus ‘On’

Sama halnya dengan wanita, lelaki juga mempunyai zon erotis. Ini adalah titik-titik yang terletak pada tubuh dan dapat dimanfaatkan sebagai sumber rangsangan bagi pasangan. Tak syak zon erotis ini sangat kritikal sumbangannya dalam kehidupan seksual setiap pasangan.

Dipegang Sedikit, 8 Titik Ini Buat Lelaki Terus 'On'Tapi yang paling penting para isteri jangan pernah takut untuk mengendalikan ‘permainan’ kerana faktanya banyak lelaki yang menyukainya. Untuk lebih jelasnya, semak juga pendedahan tentang 8 titik erotis lelaki seperti halnya dipetik dari health24, Rabu (13/3/2013) berikut ini.

1. Telinga
Di bahagian tubuh ini banyak terdapat hujung saraf, ertinya pasangan dapat merasakan begitu banyak kenikmatan hanya dengan dipegang telinganya.

Gunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk memicit bahagian telinga luar dengan gerakan yang lambat dan kuat. Anda juga boleh meramas cuping telinganya kemudian menggunakan lidah anda untuk menjangkau bahagian belakang telinga melalui ciuman dan gigitan.

2. Leher
Leher adalah tempat yang tepat untuk mula merangsang pasangan, terutama selepas anda menciumnya dengan penuh ghairah.

Sasar beberapa kawasan berbeza pada leher pasangan dengan ciuman, serta kawasan di bawah dan belakang telinga sebagai variasi.

Setelah itu cubalah memberi gigitan lembut di leher pasangan. Hati-hati, jangan sampai meninggalkan bekas gigitan yang terlihat jelas pada bahagian leher yang terbuka. Mulakan perlahan-lahan lalu tingkatkan kelajuannya seiring dengan bertambahnya ghairah anda agar si dia terangsang.

3. Dada
Bagi ramai lelaki, dada merupakan gambaran dari kejantanan sehingga menjadikannya sasaran rangsangan tentu akan membuat lelaki bertekuk lutut. Dengan kata lain dada adalah salah satu zon erotis terbesar yang dimiliki lelaki, cubalah mengurut, mencium dan membelainya.

Sama halnya dengan wanita, puting lelaki juga sangat sensitif. Agar si dia lebih terangsang, cubalah hisap dan gigit puting pasangan. Jangan lupa mulakan perlahan lalu lama-lama tambah kelajuan dan kekuatannya. Tunggulah reaksinya seperti apa baru anda boleh memastikan ‘permainan’ apa yang ia inginkan.

4. Peha dalam
Peha bahagian dalam boleh dikatakan sebagai zon erotis yang seringkali diabaikan kerana tak banyak wanita yang memanfaatkan titik ini dan cenderung menyasar ke organ pembiakan terlalu cepat.

Padahal jika disentuh, dicium, dijilat atau digigit lembut, para lelaki akan sangat menyukainya.

5. Lipatan pangkal peha
Lipatan yang terletak di paha bahagian atas ini sangatlah sensitif, apalagi meski hanya dibelai dan ditiup-tiup.

6. Kelenjar zakar
Boleh dikatakan inilah zon erotis terkuat yang dimiliki seorang lelaki dan bahagian yang selalu memberikan kenikmatan luar biasa bagi lelaki jika dimanfaatkan dengan betul.

Di sisi lain, kelenjar ini adalah bahagian tubuh yang paling sensitif pada lelaki dan para isteri masih perlu berhati-hati ketika menggunakannya untuk foreplay kerana sejumlah lelaki mempunyai kelenjar zakar yang terlalu sensitif. Komunikasikan dengannya agar anda tahu kaedah rangsangan seperti apa yang paling ia sukai.

7. Kerampang atau selangkangan
Kerampang atau biasa dikenali dengan kelangkang merupakan kawasan di antara skrotum dan dubur. Bahagian ini juga mengandungi banyak sekali hujung saraf dan boleh jadi sangat sensitif jika diraba atau dibelai.

Anda juga boleh cuba mengurut serta membelai perineum tepat sebelum si dia mencapai orgasme, sebab cara ini akan meningkatkan kenikmatan seksual yang dirasakannya.

8. Skrotum
Seperti yang kita tahu, skrotum berhubung langsung dengan buah zakar. Bahagian ini juga menjadi bahagian yang paling sensitif dan paling halus yang ada pada tubuh lelaki sekaligus sebagai kawasan dengan tahap keberahian tinggi.

Tapi jangan terlalu banyak memberikan tekanan pada buah zakar kerana itu akan menyebabkan rasa sakit. Pastikan saja anda ‘melayannya’ dengan lembut, misalnya dimainkan dengan tangan ataupun dijilati.

Selain ke-8 titik erotis tersebut, seluruh lipatan yang ada pada tubuh lelaki juga diketahui mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi (misalnya bahagian dalam pergelangan tangan, siku atau belakang bahagian lutut). Apalagi daerah antara kedua bantalan punggung dengan punggung bawah kerana kedua-duanya sangat sensitif jika dirangsang. – detikhealth

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.