Gadis Kecil 9 Tahun Diperkosa 10 Lelaki Hingga Hamil

ISIS tidak berhenti melancarkan tindakan kejam. Banyak tindakan melawan hukum yang mereka lakukan, dan kali ini seorang gadis yang sangat muda yang menjadi mangsa.

hamil diperkosa

Melaporkan dari dailymail.co.uk, kanak-kanak berumur 9 tahun terpaksa menderita secara fizikal dan mental selepas kira-kira 10 lelaki yang disyaki anggota ISIS memperkosanya. Menurut saksi, ia berlaku apabila gadis itu telah diculik oleh anggota pengganas yang meminta wanita sebagai kambing hitam.

Gadis remaja tersebut kini sedang hamil. Menurut doktor, kehamilannya tersebut sangat berbahaya dan boleh membuatnya meninggal dunia ketika melahirkan. Hal tersebut kerana usia gadis tersebut masih terlalu muda untuk melahirkan seorang bayi. Doktor juga mendedahkan bahawa walaupun operasi sesar pun belum tentu menjamin keselamatannya.

Kerana keadaan tersebut, gadis yang berasal dari desa Yazidi tersebut kini dibawa ke Jerman untuk menerima rawatan intensif. Selain nyawanya terancam, dapat dibayangkan bagaimana trauma mental yang dialami gadis malang tersebut. Semoga ia sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati dalam melalui masa-masa hadapannya.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.