Hormon Ini Buat Isteri Selalu Nampak Paling Seksi di Mata Suami

Testosterone boleh membuat para lelaki terdorong untuk melakukan hubungan seksual dengan isterinya. Tapi menurut satu kajian baru, ada peranan hormon lain yang membuat mereka selalu tertarik kepada sang isteri, iaitu oksitosin.

Hal ini dipastikan pasukan penyelidik asal Jerman dengan melibatkan sejumlah lelaki yang secara rawak menerima satu dos hormon cinta atau plasebo. Ternyata peserta yang diberi oksitosin menilai pasangannya lebih menarik berbanding wanita lain berbanding peserta yang diberi plasebo sahaja.

Ketika diimbas dengan fMRI juga mendedahkan adanya peningkatan aktiviti di bahagian otak yang mengatur reward ketika lelaki yang diberi oksitosin diperlihatkan gambar-gambar isterinya.

“Artinya oksitosin mendorong munculnya perasaan positif pada lelaki terhadap pasangannya, termasuk meningkatkan kepercayaan dan sebaliknya mengurangkan keraguan yang dirasakannya, sehingga membuat si isteri jauh lebih menarik,” terang penyelidik Dirk Scheele, M.Sc.

Malah menurut Scheele, kesannya juga bersifat sebaliknya. Ketika oksitosin memenuhi tubuh, maka lelaki akan mengalami peningkatan hormon dopamine atau ‘hormon kebahagiaan’ sehingga apapun maklumat berkaitan sang pasangan kelihatan begitu ketara baginya.

“Ini mungkin boleh jadi alasan mengapa hubungan romantis boleh jadi candu bagi orang yang mengalaminya,” tambah Scheele.

Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.