Ini dia penyakit-penyakit yang boleh sembuh dengan kerapnya berhubungan seks

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa hubungan seksual diantara pasangan rasmi banyak memberikan manfaat kesihatan. Di samping memberi kenikmatan, seks juga boleh menjadi satu cara yang menyeronokkan untuk menyembuhkan penyakit.

Ini dia penyakit-penyakit yang boleh sembuh dengan kerapnya berhubungan seks

Bukan hanya soal romantisme, hubungan intim  pasangan rasmi boleh menjadi aktiviti fizikal yang menyihatkan, baik bagi lelaki dan wanita. Seks boleh membantu menyembuhkan beberapa masalah kesihatan, seperti inkontinens, selesema, sakit kepala, dan kitaran haid yang tidak teratur.

Secara lengkap, berikut beberapa penyakit yang boleh sembuh dengan rajinnya berhubungan seksual, seperti dipetik dari Livestrong.

1. Inkontinen (tidak boleh menahan keinginan buang air kecil)

Hubungan seksual teratur membantu mengukuhkan dasar pinggul, yang mengawal pelepasan urine. Bagi wanita yang mengalami lemah kawalan kencing, seks teratur dapat melenturkan otot-otot sensitif untuk mengelakkan kencing dalam seluar. Otot-otot pinggul kuat sama ertinya sistem kencing bekerja dengan lebih baik.

2. Migrain

Rasa sakit dan mual kerana migrain boleh menolak hubungan seksual, tetapi sains menunjukkan seks dapat mengurangkan rasa sakit tersebut. Menurut satu kajian tahun 2001 yang diterbitkan dalam Headache, wanita yang melakukan hubungan seksual teratur, keluhan migrainnya dapat berkurang hingga 30 peratus. Jika ubat-ubatan gagal memberikan bantuan, seks sendiri mungkin menyembuhkan.

3. Kulit kering dan kusam

Lupakan krim pemutih atau pelembab lain, seks juga boleh menyembuhkan kulit kusam. Seks secara teratur menyebabkan lebih banyak darah melalui tubuh. Hasilnya, kulit lebih segar, tegang dan berseri.

4. Selsema

Ingin menyembuhkan selsema? Seks boleh menjadi cara paling menyeronokkan. Kerap berhubungan seks boleh meningkatkan immunoglobin A selama hubungan seksual, yang merupakan antibodi penting yang membantu melawan virus yang menyebabkan selesema.

5. Melancarkan kitaran haid

Wanita yang berhubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu, dapat menuai keuntungan dengan teraturnya kitaran haid. Tidak jelas mengapa hal ini terjadi, namun kajian menunjukkan wanita yang rutin bercinta lebih sedikit mengalami ketidakteraturan haid.

 

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.