Inilah Rakaman Suara Misteri di Bulan yang Dirahasiakan NASA Selama 47 Tahun

Angkasawan dalam pasukan penjelajahan ruang angkasa Apollo 10 pada tahun 1969 silam, ternyata berhasil menemukan misteri lain selain penemuan mereka selama mengelilingi bulan. Misi yang dilaksanakan dua bulan sebelum misi luar biasa Neil Armstrong tersebut, berjaya mengesan satu gelombang suara yang terdengar seperti halnya alunan muzik, satu suara yang belum pernah mereka dengar sebelumnya.

Rakaman Suara Misteri di Bulan yang Dirahasiakan NASA Selama 47 Tahun

Anehnya, suara tersebut didengari ketika mereka mengelilingi di sisi jauh bulan. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Daily Mail, Para angkasawan yang mengelilingi di bulan selama satu jam tersebut begitu terkejut apabila mendengarnya. Mereka semua keliru untuk mencari jawapan dari mana suara misteri itu berasal.

Mereka juga berbincang untuk memutuskan sama ada akan memaklumkan perkara itu kepada pusat kawalan di bumi atau tidak.

“Adakah kamu mendengarnya? Adakah itu suara siulan? Whoooo!”
“Ini seperti suara muzik luar angkasa,” balas angkasawan lain.
“Benar, ini muzik yang aneh,” demikian yang terdengar dalam rakaman perbualan tersebut.

Mereka cukup yakin bahawa suara misteri yang terdengar selama satu jam itu bukan berasal dari bumi. Lantaran masa itu mereka sedang mengelilingi dalam sisi jauh orbit bulan yang berada dalam luar liputan isyarat transmisi radio atau berada dalam luar liputan isyarat dari bumi. Dugaan muncul bahawa suara itu sebenarnya berasal dari kesan medan magnet atau kesan daripada interaksi atmosfera dengan gelombang radio.

Akan tetapi, ini disanggah oleh para pakar yang menjelaskan bahawa bulan tidak mempunyai medan magnet dan tidak cukup mempunyai atmosfera untuk membuat suara tersebut. Adapun sekembalinya ke bumi, NASA terus menyimpan dan merahsiakan bukti rakaman suara misteri itu. Hingga pada tahun 2008 akhirnya mereka mula menelitinya.

Selama itu pula, para angkasawan tidak pernah membincangkan atau membocorkan penemuan mereka itu kepada awam. Kini, fakta soal rakaman misteri itu akan diungkap kepada awam melalui tayangan Science Channel bertajuk NASA Unexplained Files.

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.