Kisah Benar! Isteri Dihamili Jin Semasa Suami Merantau

bersetubuh dengan jinSeorang wanita berasal dari Bezha di Gwanda Afrika mengaku dihamilkan jin semasa suaminya sedang merantau berkerja di Afrika Selatan selama 2 tahun. Si wanita menuduh si hantu yang bertanggung jawab atas kehamilannya.

Sihle mpala selalu mengatakan dihamili jin ketika ditanya keluarga dan jiran, yang membuatnya mengandung walau sudah tidak berhubungan seks dengan suaminya selama 2 tahun.

Michael Mthunzi, suami kepada Sihke mpala mengakui meninggalkan isterinya di rumah sejak dua tahun yang lalu. Namun kemudian beliau mendapat panggilan telefon dari keluarganya yang memintanya segera pulang ke rumah.

“Saya menerima panggilan telefon dari saudara saya dan kami tidak membicarakan banyak perkara ditelefon, saudara saya hanya mengatakan saya mesti pulang secepat mungkin. Waktu itu saya hanya berfikir mungkin seseorang di rumah ada yang meninggal, kemudian saya memutuskan untuk pulang,” kata Mthunzi seperti dilaporkan dari Myzimbabwe.

Ketika sampai di rumah, ia masih belum tahu berita apa yang terjadi kerana semasa dia pulang isterinya tiada di rumah. Mthunzi mengesyaki mungkin ini tentang ternaknya kerana saat itu tidak ada pengebumian.

“Ketika saya menyedari tidak ada pengebumian, saya menyimpulkan bahawa itu adalah tentang ternak saya. Saya kemudian menunggu isteri saya dengan sabar. Tetapi apabila dia sampai di rumah saya terkejut apabila melihat yang dia hamil. Ketika saya bertanya apa yang terjadi, dia mengatakan kepada saya tidak boleh memukulnya kerana dia telah dimasuki jin, “ungkap Mthunzi.

Isterinya cuba meyakinkannya dengan mengatakan jin yang telah menghamilinya.

“Dia cerita bahawa ada kejadian di kampung mereka beberapa orang terbangun dan mendapati dirinya tidur di luar rumah. Dia membuatnya nampak seolah-olah jin tidur dengan para istri,” katanya.

Mendengar penjelasan isterinya, Mthunzi terdiam dan memutuskan untuk tidur di dapur. Dia bercerita dengan keluargnya tentang masalah ini, namun keluarganya tak percaya dengan penjelasan isterinya dan mengatakan itu hanya satu usaha untuk menutupi perbuatannya.

“Saya memberitahu isteri perkara terbaik adalah mencari bantuan dari dukun dan mencari kebenaran. Anehnya, pada hari berikutnya, dia mengemas barang-barangnya dan pergi, itu tanda dia berbohong,” katanya.

Mpala memang secara diam-diam pergi meninggalkan rumah dan sampai sekarang tidak diketahui dimana dia berada,  dia juga tidak pulang ke rumah ibu bapanya.

P/S: JIN LAH SANGAT YANG BUAT DIA MENGANDUNG TU…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers:

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.