ISTERI HAMPA SUAMI KURANG BERNAFSU

Pasti ramai wanita mengalami masalah suami kurang bernafsu, tetapi mereka memilih untuk menderita dalam diam. Sebaiknya tidak mendiamkan diri dan banyak memberi sokongan kepada suami untuk berusaha menyemarakkan hubungan keintiman bersamanya.

Jarang orang muda mengalami masalah syahwat atau lemah tenaga batin, kecuali dia mengalami masalah kesihatan yang mana doktor akan dapat mengesannya.

Memang biasa untuk lelaki yang sihat ketika berdampingan dengan pasangan idaman akan terangsang, lebih-lebih lagi apabila suasana membolehkan dia berbuat begitu.

Dalam keadaan letih, lesu dan dalam keadaan tidak sihat, memang sukar untuk lelaki membangkitkan perasaan syahwatnya dan jika dipaksa, dia mengalami kesulitan dan gagal menunaikan kehendak pasangannya.

Pasangan boleh membantu dengan bermanja dan sentuhan intim keseluruhan badannya, termasuk anggota syahwatnya mengikut keselesaan masing-masing. Apabila keadaan mengizinkan, seks penetratif boleh dilakukan.

Jika tidak mahu dia bergerak aktif, kawal gerakannya supaya anda dapat menikmati sentuhan intim. Jika gerakan dilakukan cepat, tentu dia tidak dapat mengawal daripada berlaku ejakulasi cepat.

Memang ereksi lelaki yang dalam keadaan ghairah menjadi keras dan padat. Jika dia mengemutkan otot benteng zakar dan dalam keadaan begitu, dia dapat mengawal daripada ejakulasi cepat.

Dalam keadaan begitu, dia dapat memberi sentuhan lebih mantap kepada pasangan. Perkara ini perlu dilakukan jika mahu ereksi mantap dan kekal, walaupun selepas terpancut.

Lelaki mudah mencapai ereksi mantap pada awal pagi dan mudah mengawal ejakulasi awal. Disyorkan pasangan melakukan hubungan seksual lebih pada waktu pagi dari malam kerana fenomena ereksi pagi yang mudah berlaku itu.

Memang ketika itu keduannya perlu berkejar untuk bekerja, tetapi jika dapat bangun lebih awal atau jadualkan hubungan seksual yang istimewa pada waktu pagi, & akan dapati masalah dialami suami akan terkawal.

Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.