“Jihad Seks”! Yakini Sebagai Ibadah, Gadis Rela Layani Pemberontak Syria

Pada April lalu, bekas imam besar Syria Sheikh Othman Battikh mengatakan, 13 gadis Tunisia “ditipu” dan diterbangkan ke Syria untuk menawarkan perkhidmatan perkhidmatan seks bagi para pemberontak yang memerangi rejim Bashar al-Assad. Sheikh Othman ketika itu mengatakan apa yang disebut “jihad seks” tak lebih dari sebuah amalan pelacuran.

Jihad Seks”! Yakini Sebagai Ibadah

“Dengan alasan jihad ke Syria, mereka kini memaksa para perempuan untuk menyertai. Seramai 13 orang gadis dihantar untuk ‘jihad seksual’. Apa ini? Ini pelacuran. Ini sebuah rasuah pendidikan, “ujar Sheikh Othman.

Ogos lalu, pengarah badan keselamatan awam Mostafa bin Omar berkata, pasukan keselamatan berjaya membongkar rangkaian “jihad seksual” di kawasan barat Tunisia, lokasi persembunyian Al-Qaeda.

“Kumpulan Ansar Syariah menggunakan gadis kecil yang kemudian disuruh mengenakan burka untuk menawarkan perkhidmatan seks bagi para pejuang jihad lelaki,” ujar Bin Omar.

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.