Jilat Untuk Kepuasan

Kalau kita lihat di tengkuk gadis terdapat kesan lebam merah maka kita akan andaikan  sebagai ‘ LOVE BITE ‘. Bagaimana pulak kalau terlihat mata kemerahan pada gadis ?

Terdapat satu trend baru terutama melanda remaja Jepun iaitu menjilat bola mata untuk mendapat kepuasan. Kesannya akan menyebabkan mata kemerahan.

Jilat Untuk Kepuasan_oculolinctus

Trend menjilat bola mata ini disebut ‘oculolinctus’ atau ‘worm’ dan ternyata sudah ada sejak tahun 2000-an. Trend ini menjadi perbualan  kerana beberapa siswa di Jepun yang mempraktikkannya mengalami penyakit mata konjungtivitis.

Bahkan dalam sebuah kelas di mana pelajar baru berumur 12 tahun, sepertiga di antaranya mengaku sudah pernah menjilat ataupun yang dijilati bola matanya. Para guru baru menyedari setelah sebagian pelajar datang ke sekolah mengenakan penutup mata.

Trend ini terus tersebar di internet dengan meluas, terutama setelah beberapa video oculolinctus tersebar melalui YouTube. Ada ratusan video serupa ini. Salah seorang yang mencubanya adalah Elektrika Energias, mahasiswi di AS berumur 29 tahun asal Virgin Islands.

“Kekasih saya mulai menjilat bola mata saya setahun lalu dan saya menyukainya. Sekarang kita tidak bersama lagi, tapi saya masih meminta orang untuk menjilat bola mata saya. Saya menyukainya kerana seperti menghisap jari kaki, rasanya geli,” katanya.

Dari segi kesihatan, tindakan ini jelas berisiko. Seorang doktor mata di San Diego, Dr David Granet, menjelaskan bahwa menjilat mata dapat menyebabkan pengikisan kornea. Dan jika sang penjilat belum membersihkan mulut, pengeluaran asam dari minuman atau makanan  akan masuk ke dalam mata.

Sependapat dengannya, Dr David Najafi yang merupakan doktor mata di La Mesa, California mengatakan bahawa amalan ini dapat menyebarkan herpes melalui mata. Apalagi kornea adalah bagian mata yang sangat sensitif dan mudah terluka.

Bahaya lain yang mungkin timbul dari oculolinctus adalah konjungtivitis dan pembengkakan. Bahkan menurut Dr Phillip Rizzuto, jurucakap American Academy of Ophthalmology, menjilat bola mata dapat menyebabkan kebutaan.

“Bakteria dalam mulut tidak seperti bakteria dalam bola mata. Itulah sebabnya kita tidak mengesyorkan orang menjilat bola,” kata Rizzuto.

Bagi Energia, ternyata risiko yang harus ditanggung tak hanya itu saja. Kerana mengamalkan trend yang ganjil itu, korneanya mengalami kerosakan sehingga dia harus dirawat hampir sebulan di hospital. Kini dia sudah sembuh dan mengaku belajar dari pengalamannya.

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.