Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam. Bayi perempuan itu telah dilahirkan pada 27 Januari di Zoquipan Hospital, Zapopan, barat Mexico.

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico

Ibu gadis itu, yang dikenal pasti hanya sebagai Dafne, memberitahu “kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri,” kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.

Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.

Tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.