Kanak-Kanak Tiga Beradik Diperkosa dan Dibunuh

Lagi-lagi rogol dan pembunuhan yang keji berlaku di India. Tiga beradik diperkosa dan dibunuh sebelum jasad-jasad mereka dibuang ke dalam perigi di sebuah kampung di barat India.

Ketiga anak perempuan yang menjadi mangsa itu berumur antara 6 tahun dan 11 tahun. Demikian disampaikan pegawai polis negara bahagian Maharashtra, Aarti Singh kepada agensi berita AFP, Rabu (20/2/2013).

“Jasad ketiga anak perempuan itu ditemui di dalam perigi, beserta beg sekolah dan kasut mereka,” kata Singh sambil menyebutkan ketiga mangsa berumur 6 tahun, 9 tahun dan 11 tahun.

Jasad ketiga pelajar itu ditemui minggu lalu, atau dua hari selepas mereka hilang dari rumah mereka di daerah bhandara, negara bahagian Maharashtra pada 14 Februari lalu.

“Hasil autopsi mengesahkan bahawa anak-anak perempuan itu diperkosa dan kemudian dibunuh,” kata Singh.

Sejauh ini polis India belum menetapkan tertuduh atas kejadian mengerikan ini. Namun Singh berkata, empat orang telah ditahan untuk disoal siasat. Penyiasatan kes ini masih berlangsung.

Menurut pihak keluarga mangsa, ketiga anak kecil malang itu pergi untuk mencari ibu mereka yang pergi ke luar rumah. Dan sejak itu mereka tak pernah lagi melihat ketiga anak kecil tersebut.

Insiden ini mencetuskan aksi protes warga desa tempatan. Mereka marah atas pemerkosaan kejam yang terus berlaku di negara itu.

Pada Disember 2012 lalu, seorang mahasiswi diperkosa secara bergilir-gilir dalam sebuah bas di New Delhi. Wanita berumur 23 tahun itu kemudian dilemparkan ke jalan raya. Dia akhirnya meninggal 13 hari selepas berada dalam keadaan kritikal akibat rogol tersebut.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.