Keintiman dengan pasangan menurun? Ini cara membangkitkannya

Setiap hubungan perkahwinan pasti diawali dengan keintiman yang luar biasa. Namun seiring waktu keintiman tersebut rasanya makin berkurang. Masih ingatkah bila terakhir kalinya anda memeluk suami atau isteri? Jika tidak, ini masanya anda mengembalikan keintiman yang dulu pernah ada.

cara-berhubungan-intim-suami-isteriPertama, sediakan waktu khusus untuk sekadar berbual dengan pasangan anda. Tidak perlu membicarakan sesuatu yang serius, cukup membicarakan aktiviti anda masing-masing hari itu atau apa saja yang anda dan pasangan sukai. Jangan ada perasaan malu atau menutupi perasaan anda. Jika memang anda menyenangi aktiviti ini, katakan dengan jujur.

Menyediakan waktu untuk berbincang mesra dengan pasangan anda diyakini boleh membantu meningkatkan ikatan di antara anda berdua. Tidak semestinya dilakukan pada malam hari, aktiviti ini juga boleh dilakukan pada pagi hari apabila anda baru bangun tidur.

Kedua, berikan ruang untuk pasangan anda. Memberikan kesempatan kepada pasangan tidak harus dengan cara berpisah atau berjauhan, tetapi justeru memberikan keintiman lebih. Sangat penting untuk boleh faham dan memahami bahawa pasangan anda juga mempunyai kehidupan sendiri, baik dari kegiatannya di pejabat, aktiviti dengan rakan-rakannya, mahupun dengan keluarga.

Dengan memahami dan memberikan kesempatan kepada pasangan, maka pasangan akan lebih menghargai anda. Perkara ini tentunya juga akan menimbulkan kerinduan ketika jauh dengan pasangan, sehingga ketika bertemu akan lebih terasa keintimannya.

Ketiga, jangan anggap remeh untuk memeluk, mencium, dan mendakap pasangan anda. Melakukannya dengan rutin atau bahkan pada waktu yang tidak disangka oleh pasangan anda akan membuatnya semakin merindui saat-saat bersama anda. Perasaan semacam ini akan membuat keintiman dalam kehidupan hubungan anda akan semakin meningkat.

Hubungan Suami Isteri Yang Sihat

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.