Keluar Dari UMNO, Tun M Bakal Menubuhkan Parti Baru?

Hangat diperkatakan oleh ramai pihak sejak kelmarin apabila diberitakan Tun Dr Mahathir berkemungkinan besar meninggalkan UMNO selepas Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tindakan ini dilakukan oleh beliau kerana beliau sudah tidak lagi yakin terhadap badan kepimpinan UMNO pusat yang pada hemat beliau semakin jauh dari asas UMNO yang beliau tubuhkan pada tahun 1988.

mahathir_mohamad

Disamping itu, beliau dikhabarkan tidak lagi mempercayai ketelusan UMNO sehingga menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz menjadi korban politik di Kedah. Menurut sumber, beliau menegaskan, belum pernah terjadi didalam UMNO seorang Menteri Besar digugurkan dengan cara kotor demikian.

Disebabkan kekecewaan yang mendalam terhadap apa yang berlaku di Kedah, beliau mahu menubuhkan satu parti baru bagi menidakkan kekuasaan UMNO kerana beliau yakon dapat menarik keluar ramai ahli UMNO yang masih taat kepada beliau. Parti baru itu nanti dikatakan bakal di ketuai oleh anak beliau, Datuk Seri Mukhriz.

Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran perkara ini, namun menurut satu sumber yang rapat dengan Tun M memberitahu, beliau sememangnya begitu serius menimbangkan untuk menubuhkan satu parti atau mengambil alih beberapa parti politik kecil seperti parti KITA atau Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Menerusi parti baru ini, beliau menjangkakan akan dianggotai oleh mereka yang tidak lagi mempercayai kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dan lebih memudahkan beliau untuk meneruskan serangan beliau terhadap kerajaan menerusi beberapa skandal yang masih dan sedang membelenggu kerajaan yang ada hari ini.

Andai ini berlaku, ini adalah kali ketiga UMNO berhadapan dengan parti pecahan baru setelah konflik dalaman UMNO membawa kepada penubuhan parti Semangat 46. Ini sekali lagi diulangi pada tahun 1998 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat dan digugurkan daripada UMNO berikutan salah laku.

Tindakan awal Anwar pada ketika itu, menubuhkan Parti Adil bagi berjuang bagi pihak beliau menentang ketidak adilan pentadbiran Tun M semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri. Andai Tun M benar-benar komited mahu menubuhkan satu parti baru atau mengambil alih parti-parti kecil sedia ada, pastinya ia menjadi kejadian ketiga penubuhan parti serpihan daripada UMNO. – pru14

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.