Kencing Manis Punca Lemah Syahwat

Kajian menunjukkan kencing manis atau diabetes menjadi ancaman kepada lelaki seiring dengan peningkatan umur. Bahkan mereka yang berusia awal 20-an dan 30-an juga berisiko menghidap penyakit ini. Salah satu komplikasi kencing manis kepada lelaki adalah terhadap kesihatan zakar. Lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar.

kencing manis

Kencing Manis Yang Menghilangkan Kemanisan Hidup

Banyak punca seorang lelaki itu menghidap kencing manis. Antaranya pemakanan yang tidak sihat iaitu pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik tinggi. Gaya hidup seperti kurang bersenam, merokok, tekanan dan sebagainya juga mendedahkan seseorang itu kepada risiko kencing manis.

Seorang lelaki yang disahkan kencing manis telah hilang kemanisan hidupnya. Kencing manis menyebabkan masalah pada salur darah dan sistem saraf. Masalah kepada sistem saraf ini menyebabkan beberapa masalah lain seperti:

  • Sukar mengawal kencing.
  • Kerap mendapat jangkitan pada salur dan pundi kencing.
  • Degupan jantung laju secara tiba-tiba
  • Masalah penghadaman, loya, muntah dan kembung perut secara tiba-tiba.
  • Rasa pening dan mahu pitam bila bangun berdiri dengan cepat
  • Pandangan kabur sekejap apabila bergerak masuk dari kawasan cerah ke kawasan gelap dan sebaliknya.

Cegah Dan Kawal Kencing Manis – KLIK SINI

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.