Keperibadian seseorang boleh dilihat dari cara mengorek hidung

Melihat orang mengorek hidung untuk mendapatkan kerak kotoran dalam lubang hidung mungkin kelihatan kotor. Walau bagaimanapun, dari tingkah laku mereka apabila mengorek, juga boleh diteka keperibadiannya.

korek hidung aku

Ciri personaliti berdasarkan cara orang (mengorek hidung) yang dinyatakan di dalam kajian terbaruĀ  atau Techspeak rhinotillexomania boleh membuktikan sekurang-kurangnya 4 jenis personaliti.

Ilmiah atau mengada-ada, setidaknya inilah hasilnya.

1. Mengorek sembunyi

Bagi anda yang mengorekl secara diam-diam atau di tempat tertutup secara peribadinya anda mempunyai sikap yang kurang terbuka, konvensional, mengelakkan khayalan asing, kurang kreatif dan imaginatif.

2. Mengorek di khalayak ramai

Sebaliknya, anda yang tanpa segan silu mengorek hidung di depan khalayak ramai mempunyai sikap sangat terbuka, imaginatif, bersifat ingin tahu, kreatif, berani, original dan artistik.

3. Pencari harta karun

Seperti mencari harta karun, anda yang juga peneroka hidung mempunyai sikap pencemas, gelisah, suka membimbangkan, merasa tidak selamat, emosional, dan dengan seringkali mempunyai keinginan yang berlebihan atau dorongan dan idea-idea yang tidak realistik.

4. Memain-mainkan hasil yang dikorek

Sedangkan anda yang memain dan membentuk bulatan tahi hidung menjadi bola kecil adalah orang yang ekstrovert, optimis, mudah bergaul, ramah dan memerlukan rangsangan berlebihan.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.