Lakukan 5 langkah ini masa hubungan asmara memburuk

Ketika hubungan asmara tidak berjalan baik, lebih banyak diwarnai pertengkaran dan masalah hanya berputar di situ-situ saja, penyelesaian terbaiknya adalah merenungkan kembali tujuan awal saat menjalin hubungan. Jika masalah tetap tidak dapat diselesaikan dan justeru membawa kesan negatif bagi dua pihak, ini enam perkara yang sebaiknya anda pertimbangkan untuk dilakukan, seperti dipetik dari eHarmony.

hubungan asmara

1. Perjelas Punca Masalah
Hitunglah kembali berapa kali anda dan pasangan membawa masalah yang sama berulang-ulang, tanpa ada tindakan nyata dari si dia untuk menyelesaikannya. Ketika pasangan berhujah isu yang sama lagi dan lagi tapi tolak penyelesaian, anda boleh meyakinkan diri bahawa bukan hubungan seperti itu yang dicari.

2. Fokus Pada Hubungan, Bukan Orangnya
Hanya kerana hubungan asmara tidak berhasil bukan bererti ada sesuatu yang salah dengan pasangan anda. Ingat, hubungan asmara terjalin kerana dua orang jadi masalah bukan hanya datang dari satu pihak tapi keduanya. Ketika percintaan gagal itu bermakna hubungan tersebut yang tidak boleh memenuhi keperluan anda mahupun pasangan dan jika dilanjutkan, akan mendatangkan lebih banyak masalah.

3. Buat Batasan Soal Berbual Putus
Putusnya jalinan asmara boleh membuat seseorang merasa segala yang dilakukan atau dikatakan pasangan itu buruk. Jika perasaan itu dibiarkan lama kelamaan anda akan terus membicarakan kisah putus cinta kepada setiap orang. Hal ini tidak baik kerana seharusnya masalah peribadi cukup diketahui oleh anda, pasangan, atau sahabat terdekat. Bukan setiap orang yang kenal dengan anda. Boleh saja anda mencurahkan tapi lakukan hanya untuk sekadar melepaskan emosi negatif. Setelah itu katakan pada teman untuk tidak membincangkannya lagi di waktu-waktu mendatang.

4. Jangan Beri Harapan Palsu
Ketika sudah sampai pada titik anda dan pasangan harus putus, jangan memberi ‘andai-andai’ kalau kalian akan kembali bersama lagi. Berada di kawasan kelabu tidak sihat bagi keadaan mental tiap orang terutama jika pasangan masih mencintai anda dan ingin hubungan berterusan, sementara anda tidak. Jangan jadi pemberi harapan palsu. Jika anda benar-benar menghargai diri sendiri dan menghormati pasangan, jadikanlah keputusan ini hitam-putih; putus atau tidak sehingga keduanya boleh sembuh lebih cepat dan move on.

5. Menjaga Jarak
Usahakan meminimumkan mungkin kenalan anda dengan pasangan, apabila putusnya hubungan asmara tak dapat dielakkan. Elakkan menelefon, SMS atau datang ke tempat yang biasa anda dan si dia datangi saat masih berpacaran dulu sekurang-kurangnya selama enam bulan selepas putus. ‘Menghilanglah’ sejenak dari peredaran agar emosi dan gejolak hati sedikit reda. Setiap orang, baik anda maupun kekasih perlu masa untuk sembuh dan pulih dari luka hati.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.