Lelaki Ini Minta dimandulkan Kerana Sering Berfantasi Memperkosa

Mempunyai fantasi seks adalah wajar pada kebanyakan orang, namun tidak dengan lelaki ini. Kerana fantasinya terlalu liar iaitu memperkosa lalu membunuh pasangannya, dia minta dimandulkan secara sukarela sebelum membahayakan orang lain.

Lelaki Ini Minta dimandulkan Kerana Sering Berfantasi MemperkosaLelaki dengan nama samaran ‘Steve’ ini muncul dalam acara This Morning s Crime Week di Inggeris. Beliau memberitahu bagaimana liarnya fantasi seksualnya, sehinggalah dia bimbang suatu hari boleh membahayakan orang lain khususnya kaum perempuan di sekitarnya.

Atas kesedaran sendiri, dia minta dimandulkan atau dihilangkan ghairah seksualnya dengan kaedah yang banyak dipakai masa ini yakni secara kimia. Dengan pemberian hormon tertentu, seseorang akan kehilangan ghairah seks seperti haiwan yang dimandulkan secara fizikal.

Steve menceritakan fantasi seksual yang begitu liar bermula dimasa ia memasuki usia 20 tahun. Bermula dari perselingkuhan, ia mula merasa bahawa seks begitu membosankan lalu ia memikirkan fantasi yang makin lama semakin liar dan tidak terkawal.

“Berkembang menjadi semakin kasar dan lalu fantasi soal kekerasan seksual dan perkosaan itu mulai muncul. Dan kemudian saya berfikir soal membunuh perempuan yang saya tiduri,” kata Steve yang menyamar identitinya dengan jaket bertudung, seperti dipetik dari Daily Mail.

Bimbang fantasinya itu benar-benar bakal mencederakan orang lain, Steve berunding dengan seorang doktor bernama Dr Federoof. Beliau memberitahu masalahnya, lalu menyampaikan niatnya untuk secara sukarela dimandulkan agar tidak lagi mempunyai nafsu berahi.

Kaedah kebiri yang dipilih adalah kebiri secara hormon, iaitu dengan pemberian hormon tertentu untuk meredam ghairah seks. Beberapa negara yang menerapkan hukuman kebiri untuk pelaku kejahatan seks pada anak seperti Poland dan Rusia juga memakai kaedah ini.

“Ini jelas tidak mudah, tetapi hampir setiap kali kami melakukan ini segalanya berlangsung dengan baik-baik saja,” kata Dr Federoof menjelaskan keadaan Steve setelah dimandulkan.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.