Lelaki Ini Sengaja Besarkan Payudaranya Agar Tak Ditangkap Polis

Lazimnya yang melakukan pembedahan pembesaran payudara adalah kaum hawa, yang ingin penampilannya menjadi lebih seksi dan menarik. Tapi di China, seorang lelaki sengaja melakukan pembedahan implan payudara agar tak ditangkap polis.

Besarkan Payudara

Zhao (43 tahun) merupakan buruan polis. Untuk mengelabui pihak berwajib, lelaki asal wilayah Anhui, China, ini sengaja menjalani pembedahan implan payudara untuk menyamarkan dirinya sebagai seorang wanita, seperti dipetik dari Shanghaidaily, Jumaat (8/2/2013).

Zhao diburu polis kerana terlibat dalam kes pelacuran, yang dipercayai dijalankan di sebuah pusat urut miliknya di daerah Zhejiang.

Untuk mencarinya, polis mencarinya dirumah urut yang sudah diubahsuai. Disana mereka tidak menjumpai Zhao, tapi melihat seorang ‘wanita’ berambut panjang dengan dada besar yang mirip dengan Zhao.

Awalnya, polis mengesyaki ‘wanita’ tersebut adalah adik perempuan Zhao. Namun selepas melakukan penyelidikan lebih lanjut, terungkaplah bahawa wanita tersebut adalah Zhao.

Ia sengaja merubah penampilannya menjadi wanita agar polis tak mencurigainya. Sayang, dada besar milik Zhao tidak berjaya ‘mengelirukan’ polis.

Polis percaya Zhao telah menjalani pembedahan pembesaran payudara di sebuah klinik swasta di bandar kelahirannya. Namun kantoi kerana masih mempunyai halkum dan alat genital lelaki.

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.