Lelaki Juga Ada G-Spot?

Bukan cuma pada wanita, pada lelaki sekalipun orgasme selalu diselimuti tabir misteri. Tidak ramai yang tahu bahawa bukan cuma wanita yang mempunyai G-Spot atau kawasan paling sensitif untuk dirangsang, lelaki juga memilikinya.

Sama juga dengan orgasme pada wanita, orgasme pada lelaki juga banyak menyimpan perkara-perkara yang tidak disangka. Selain fakta bahawa lelaki juga mempunyai G-Spot, ada banyak fakta lain yang seringkali membuat rasa ingin tahu termasuk hal-hal remeh perbezaan orgasme dan ejakulasi.

Lelaki Juga Ada G-Spot

Berikut ini beberapa fakta menarik mengenai orgasme pada lelaki seperti diambil dari Yourtango.

1. Orgasme dan ejakulasi adalah perkara yang berbeza
Memang, kebanyakan lelaki mengalami orgasme yang disertai dengan ejakulasi. Namun tidak semestinya demikian. Orgasme adalah sensasi puncak kenikmatan saat bercinta sedangkan ejakulasi adalah peristiwa menyemburnya cecair sperma dari batang Zakar. ‘Dry orgasm’ atau orgasme kering merupakan sebutan untuk momen orgasme yang tidak disertai ejakulasi, dan sering dialami oleh beberapa lelaki.

2. Semburan sperma melebihi kelajuan pelari
Bahkan pelari legenda Usain Bolt pun akan kesulitan untuk menyamai kelajuan semburan sperma yang mencapai 28 batu / jam atau kira-kira 45 km / jam.

3. Lelaki punya G-Spot
Faktanya ada 3 titik rangsangan orgasme iaitu frenulum (rangkaian tipis seperti pita di bahagian bawan kepala zakar), perineum (kawasan antara zakar dan dubur), dan kelenjar prostat. Kerana mempunyai sensitiviti seperti G-Spot pada wanita, ketiganya sering disebut dengan istilah G-Spot lelaki.

4. Kebanyakan lelaki adalah ‘lelaki 7 Minit’
Lupakan adegan lelaki dalam filem dewasa yang mempunyai tempoh bercinta hingga berjam-jam. Faktanya, kebanyakan lelaki cuma perlu waktu 7 minit terhitung dari pemanasan hingga mencapai orgasme.

5. Satu drum sperma
Jika terkumpul jumlahnya, sperma yang dikeluarkan seorang lelaki melalui ejakulasi seumur hidupnya boleh mencapai 14 gelen aka 53 liter.

6. Lelaki punya ‘point of no return’
Ada satu titik ketika lelaki tidak boleh menghentikan rangsang yang diterimanya. Penyelidik seksual ternama, Masters dan Johnson mendakwa bahawa lelaki memerlukan sejumlah rangsangan untuk boleh mencapai orgasme. Oleh kerana itu, tidak pernah terdengar seorang lelaki berkata, “Tak tahu ya, tahu-tahu saja orgasme.”

7. Orgasme lelaki sangat singkat
Lelaki memang lebih kerap mencapai orgame jika dibandingkan dengan wanita. Namun demikian, orgasme yang dialami lelaki relatif jauh lebih singkat. Jika wanita boleh merasakan ‘getaran kenikmatan’ tersebut hingga 20 saat, lelaki cuma mampu merasakannya selama 5 saat.

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.