Main dengan isteri orang, zakar lelaki ini memanjang kemudian meninggal

Jangan main api jika tidak mahu terbakar, jangan selingkuh dengan isteri orang jika tidak ingin celaka. Berita ini mungkin aneh, tapi nyata. Seorang lelaki dari Zvishavane, Zimbabwe dikatakan meninggal kerana alat kelaminnya memanjang hingga paras lutut. Keanehan itu terjadi setelah lelaki tersebut selingkuh dengan isteri orang lain.

Main dengan isteri orang, zakar lelaki ini memanjang kemudian meninggal

Diambil dari brimtime.com, seorang lelaki dari Zvishavane, Wilayah Midlands, Zimbabwe menghembuskan nafas terakhirnya di hospital United Bulawayo.

Dia meninggal kerana alat kelaminnya memanjang secara misteri. Berita yang beredar dari rumah sakit menyebutkan bahawa lelaki tersebut berhubungan intim dengan isteri ketua kampung. Kerana si isteri sudah ‘dipagari’ secara ghaib oleh ketua kampung, maka petaka akan datang pada sesiapa yang berhubungan intim dengan wanita tersebut.

Dipercayai kena ilmu hitam

Dalam sistem tradisional di Zimbabwe, perlindungan ghaib itu bernama Runyoka, boleh dilakukan suami isteri terhadap pasangannya. Tujuan perlindungan agar suami atau isteri tetap setia. Jika mereka yang sudah dipagari dengan Runyoka nekad selingkuh dan berhubungan intim, maka akan ada penyakit misteri yang akan menimbulkan kematian.

Pihak rumah sakit sudah berusaha menyelamatkan sang lelaki, sayang nyawanya tidak dapat diselamatkan. “Sebelum meninggal, lelaki itu mengaku sudah tidur dengan isteri Kepala Desa dan menyesalinya. Dia sudah diperingatkan untuk menjauh dari wanita itu tetapi gagal. Perawat cuba membantu dia tetapi tidak berjaya,” ujar seorang sumber yang tidak disebutkan namanya.

P/S: Dengan atau tanpa perlindungan ghaib, sesungguhnya kesetiaan adalah satu perkara yang harus dijaga semua orang, terlebih lagi untuk suami atau isteri.

Tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.