Main Lebih Lama Lebih Baik, Benarkah?

Pernyataan “lebih lama lebih baik” dalam aktiviti seks banyak menimbulkan pro dan kontra. Boleh dikatakan kenyataan ini cukup kompleks. Wanita rasanya tidak adil jika menilai keperkasaan seorang lelaki dari berapa lamanya dia boleh memuaskan wanita. Mengapa?

Main Lebih Lama Lebih BaikMengikut kajian ada kira-kira 40% wanita yang berpura pura orgasme semasa sedang berhubungan dengan pasangannya kerana memakan masa terlalu lama. Lantas wanita juga akan mengeluh jika belum apa apa pasangannya sudah pancut awal. Wanita adalah mahkluk kompleks untuk dipuaskan? Tentu tidak.

Yang perlu diperbetulkan adalah pemahaman berikut ini untuk para lelaki, bahawa lelaki yang perkasa adalah lelaki yang mampu bercinta berjam jam non stop dan cepat memulakan kembali di sesi kedua tanpa perlu lama berehat, itu tidak sepenuhnya benar. Sebab apa ertinya jika anda boleh berlama-lama semasa bercinta dan mampu beberapa kali melakukan pancutan dalam masa terdekat jika tidak tepat mengenai sasaran dan titik sensitif dari pasangan anda.

Situasi seperti ini hanya akan membuat pasangan wanita anda tidak selesa kerana terlalu lama tanpa mengenai titik sensitif akan membuatnya terganggu malahan mengecewakan. Faraj pun boleh mengering akibat tegang dan akan terasa sakit.

Jika situasinya terus dilanjutkan, apalagi jika pasangan anda adalah wanita yang boleh mencapai orgasme melalui oral seks, maka hubungan terlalu lama tidak akan menyenangkan baginya.

Jadi apa yang harus para lelaki lakukan? Pandai-pandailah membaca situasi dan kenali pasangan anda lebih jauh, lebih intim lagi. Itu sebabnya komunikasi mengenai seks bersama pasangan sangat diperlukan. Tentu ada masanya di mana berhubungan secara perlahan-lahan dalam masa yang cukup lama begitu menyenangkan dalam keadaan anda berdua sedang santai dan fikiran tenang.

Sementara disaat suasana sedang tergesa gesa tetapi ingin menyalurkan hasrat, go for a quickie! Ingat hubungan seks yang ideal bersama pasangan bukan ditentukan oleh berapa lama dan berapa seringnya, namun berkualiti dari tiap hubungan itu sendiri. And don’t forget to have a small talk and lots of cuddling after sex.

Baca lagi : Rahsia Tahan Pancut

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.