Melemahnya otot Ini Membuat Kehidupan Seksual Berantakan

Ada satu otot yang kewujudannya amat penting bagi pasangan untuk mendapat kepuasan dalam bercinta. Otot ini tak lain dan tak bukan adalah otot dasar pinggul. Berkurangnya sensitiviti otot ini membuat hubungan seksual tidak lagi memuaskan bagi kedua-dua pasangan.

Kehidupan Seksual BerantakanSekitar 1 dari 4 wanita menderita kelemahan pada otot dasar panggulnya, baik akibat melahirkan, penuaan, ataupun kelebihan berat badan. Kesan daripada kelemahan otot ini akan menjejaskan hubungan intim sehingga sukar mencapai orgasme. Tapi tak perlu cemas, ada suatu latihan untuk mengukuhkan otot ini.

“Jika seks yang menyenangkan adalah sesuatu yang anda senangi dan nikmati, maka anda perlu memperhatikan bahawa hal ini sangat berharga bagi otot,” kata Jenni Russell, ahli otot dasar pinggul di England seperti dilaporkan Female First.

Dengan kaedah latihan yang terkandung di dalam buku karangannya, ‘Pelvic Floor Secrets: a six week programme to confidence, continence and sexual satisfaction’, Russell menjamin pasangan akan mengalami peningkatan dalam kehidupan seksualnya. Bagi wanita akan lebih mudah mencapai orgasme, sedangkan pada lelaki akan membantu mengukuhkan ereksi.

Latihan dasar panggul tidak harus dilakukan di gym, bahkan latihan ini hanya memerlukan waktu yang cukup cepat. Melemahnya otot dasar pinggul boleh berlaku di semua peringkat umur dan boleh mengakibatkan menyedihkan, misalnya melemahkan kekuatan dan keanjalan vagina sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga.

“Melemahnya otot dasar pinggul bukanlah perkara yang normal. Wanita tidak seharusnya terganggu kepuasan seksual sebagai akibat yang tidak menyenangkan dari penuaan atau proses persalinan,” kata Jenni.

Salah satu cara memperkuatkan otot dasar pinggul adalah dengan senaman kegel. Caranya, kontraksikan otot seperti menahan kencing untuk awalnya selama 5 minit, kemudian kendurkan. Terus ulangi latihan tersebut sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut dengan meningkatkan lama waktu menahan kencing 15 – 20 minit.

Tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.