Murid laki-laki, 9 tahun, dijumpai mati tergantung di biliknya ‘selepas dibuli’ di sekolah

bully_Aaron DugmoreLondon – Aaron Dugmore, kanak-kanak berusia 9 tahun, telah ditemui mati tergantung di biliknya. Dikatakan bahawa dia menggantung dirinya kerana berbulan-bulan menghadapi tekanan di sekolah.

Rakan sekolah yang berlatar belakang Asia, beberapa kali mengugut. Menurut keluarga, itulah punca kemungkinan besar Aaron, membunuh diri.

Pada September tahun lepas, pasangan Kelly-Marie (30) dan Paul Jones (43) berpindah ke Birmingham. Aaron telah mendaftar di Erdington Hall sebagai pelajar kelas asas. Sejak hari pertama sekolah, ibu bapanya telah melihat perubahan diri anaknya yang berambut perang itu. “Dia menjadi lebih suka bertengkar dengan saudara-saudaranya, tidak seperti biasa,” kata Paul, seperti dipetik oleh The Sun, 24 Februari, 2013.

Setelah diajak berbincang, barulah Aaron mengakui bahawa dirinya dibuli oleh sekumpulan kanak-kanak Asia di sekolahnya. Penyebabnya remeh: kerana Aaron berkulit putih. Sehingga, semasa makan tengah hari dia perlu bersembunyi di taman permainan untuk mengelakkan tekanan dari mereka.

“Salah seorang kanak-kanak itu pernah berkata, ‘Kata ayah saya, semua orang kulit putih harus mati’,” kata Paul lagi.

Di masa yang lain, seseorang dari kumpulan itu telah mengacukan pisau plastik pada Aaron. “Anak itu memberitahu, lain kali dia akan membawa pisau sebenar,” cerita Kelly-Marie dengan nada sedih.

Sambil teresak-esak, dia menegaskan keluarganya bukanlah orang yang rasis. Mengetahui punca bunuh diri anaknya disebabkan perbezaan bangsa, beliau amat bimbang. “Kami tidak perkauman. Di sekolah sebelumnya, Aaron sangat baik dengan teman-temannya. Apabila dia dibuli kerana warna kulit, itu membuat perut saya sakit, “kata beliau lagi.

Beberapa kali, dia ke sekolah tempat Aaron belajar. Namun, jawapan yang diterima sungguh mengejutkan. Menurut Martin Collin, pengetua sekolah, Kelly-Marie boleh memilih sekolah lain jika mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka di Erdington Hall. Ya, meskipun sekitar 75 peratus pelajar di sekolah itu berasal dari latar belakang etnik yang berbeza-beza, pihak sekolah tidak pernah melakukan sesuatu untuk menghentikan buli soal perkauman.

Sebagai tindak balas, jurucakap sekolah yang dilabelkan ‘tidak memuaskan’ oleh PPP berkata, kes Aaron akan ‘diselesaikan dengan cepat. Beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, apa yang dimaksudkan dengan ungkapan itu. Apa yang jelas, sehingga sekarang polis West Midlands masih menyiasat kes Aaron.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.