Nafsu situa bangka, kahwin dengan kambing peliharaannya

Aparecido telah jatuh cinta dengan Carmelita sejak dua tahun lalu. Lelaki yang sudah mempunyai lapan orang anak dari empat perkahwinan ini mengatakan, Carmelita mempunyai kelebihan dibanding seorang wanita. Carmelita tidak boros dan tidak mata duitan.

Lelaki berusia 74 tahun berasal Kota Jundiai, Brazil, ini tetap dengan keputusan mahu mengahwini kambing peliharaannya.

kahwin dengan kambing

Walaupun si kambing telah naik darjat menjadi mempelai wanita di satu majlis perkahwinan (biasanya kambing menjadi santapan, kambing golek misalnya), Aparecido berkata, tidak akan ada hubungan intim antara keduanya.

Ia mengatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 13 Oktober akan datang di sebuah gereja di Jundiai. Lengkap dengan upacara yang dipimpin oleh seorang Bishop.

Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.