Nenek snipper, antara nenek perkasa di bumi Ini

Chandro Tomar kelihatan seperti nenek-nenek pada umumnya. Ia berumur 78 tahun, punya 6 anak dan sangat menyayangi 15 cucunya. Tetapi jangan salah! Rambut putih dan senyum ramahnya boleh membuatmu terjerumus.

Chandro Tomar 1Nenek Tomar diyakini merupakan penembak tepat atau sniper profesional tertua di dunia. Nenek berasal Baghpat, Uttar Pradesh, India itu telah memenangi 25 pertandingan menembak tepat kebangsaan. Dan yang lebih menariknya ia mulai memegang senapang untuk pertama kalinya 10 tahun silam atau ketika umurnya 68 tahun.

Ertinya dalam kurun waktu satu dekad ia mampu menguasai teknik menembak tepat dengan cekap. Kalau Vasily Zaitsev masih hidup, mungkin bakal ada pertandingan menembak di antara mereka.

Chandro Tomar 2Semuanya bermula ketika Nenek Tomar menemani cucu perempuannya ke sebuah kelab menembak. Cucunya amat tertarik dengan dunia ini namun ia malu untuk pergi sendirian. “Ketika aku sedang menunggunya, aku memutuskan untuk mencuba,” ungkap nenek tua itu. “Jurulatih melihatku dan tertarik dengan bidikanku.”

Setelah itu ia pun berlatih secara teratur. Farooq Pathan mengatakan Nenek Tomar amat mahir sampaikan tak ada lelaki yang berlatih secara bersama kerana takut dimalukan. “Ia mempunyai kepakaran mampan, tangan yang kukuh, dan mata yang tajam,” ujarnya.

Chandro Tomar 3Bakat yang dimiliki Nenek Tomar seolah-olah telah menjadi darah daging di dalam keluarganya. Seema, salah seorang anak perempuannya adalah wanita India pertama yang memenangi kejuaraan pistol dan senapang pada 2010. Sedangkan salah satu cucunya, Neetu Solanki, merupakan penembak tepat antarabangsa yang mewakili India di kejohanan yang berlangsung di negara-negara dunia seperti Hungary dan Jerman. Kedua perempuan itu mengaku kisah Tomar telah memberi inspirasi mereka untuk semakin maju.

“Ia begitu mengagumkan,” ungkap Seema. “Jika ia boleh melakukannya, maka kami pun pasti boleh. Ia memperlihatkan kepada kami bahawa segala sesuatu itu boleh berlaku. Beliau telah amat membantu meningkatkan kehidupan kami. “

Neetu, cucu perempuannya, menambah bahawa di dalam masyarakat yang didominasi oleh lelaki seperti di India, neneknya memberi harapan kepada para generasi muda.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.