Oh Tidak! Kelamin lelaki ini dimakan oleh keldai yang kelaparan…

Hati-hati bila berhadapan dengan haiwan yang kelaparan, jangan sampai si binatang menyerang organ intim anda. Pada Isnin lalu mungkin menjadi hari yang kelam bagi Bensen Maburutse (49). Lelaki dari perkampungan Dambwara, Afrika, diserang oleh keldai ketika sedang memberikan binatang itu makanan. Parahnya, setelah menggigit bahagian tangan, keldai itu juga menyerang kelamin Bensen.

Anak perempuan, Wadzanayi (23) yang dihubungi media tempatan mengiakan peristiwa malang yang menimpa ayah. Dan ia juga mengatakan, bapanya kini sedang menjalani rawatan di Hospital yang ada di Luar Bandar Gutu.

Menurut anak perempuannya, Bensen yang bekerja sebagai tukang kebun, Isnin lalu ditugaskan untuk memberikan makan berupa tanaman jagung kering. Namun tiba-tiba, keldai itu menggigit tangan Bensen. Dengan sekuat tenaga, lelaki itu berusaha melepaskan dari cengkaman keldai tersebut.

Selepas bergelut , Bensen pun dapat terlepas dari keldai itu. Namun, keldai itu kembali menyerang Bensen yang tengah terbaring menahan sakit di diatas rumput. Kali ini, bahagian intim Bensen yang diserang.

Tidak lama selepas keldai itu memakan kemaluannya, majikan datang untuk menyelamatkan nyawa lelaki malang tersebut. Tanpa pikir panjang, majikan membawa Bensen ke rumah sakit.

“Kami melihatnya dibawa ke rumah sakit. Saat itu ia kelihatan menahan kesakitan. Dia nyaris tidak boleh bercakap,” kata seorang sumber yang enggan disebutkan namanya, seperti dikutip laman My Zimbabwe, Rabu (30/10/2013)

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.