Para Isteri, Ini Masa Terbaik untuk Berhubungan Seks dengan Suami

Bila waktu terbaik bagi wanita untuk berhubungan seks? Jika ingin tahu, rajin-rajinlah memeriksa kalendar. Satu kajian yang dimuatkan dalam The Journal of Sexual Medicine mendedahkan, sekitar hari ke-14 pada kitaran haid.

Ini Masa Terbaik untuk Berhubungan Seks dengan SuamiPada waktu ini, klitoris (kelentit) menjadi 20 peratus lebih besar dari ukuran normal dan lebih cepat sensitif terhadap rangsangan. Alhasil, wanita akan semakin cepat terangsang dan aktiviti hubungan seks pun jadi lebih maksimum.

Para ilmuwan Itali mengkaji 24 peserta wanita di usia 18-35 tahun. Menggunakan peralatan ultrasound, penyelidik melakukan pengukuran pada klitoris setiap peserta, juga pembuluh arteri utama yang mengalirkan darah ke kawasan klitoris; yang menyebabkan rangsangan seksual.

Pemeriksaan dilakukan peringkat awal, pertengahan dan akhir di setiap kitaran haid wanita. Mereka mencari, pada hari ke-14 dalam kitaran haid wanita, ukuran klitorisnya jadi membesar secara ketara, sekitar 15-20 peratus.

Selain itu, saluran arteri pada kawasan klitoris jadi membesar. Ertinya, aliran darah jadi lebih lancar menuju ke kawasan genital. Perubahan ini membuat wanita jadi lebih mudah terangsang hanya dengan rangsangan kecil.

Menurut Cesare Battaglia, MD, PhD, penyelidik di University of Bologna seperti dikutip dari Women ‘s Health Mag, perubahan itu terjadi kerana pengaruh lonjakan pengeluaran estradional (estrogen semula jadi) selama masa ovulasi. Kajian juga melaporkan, sebahagian besar responden mengaku lebih sering hubungan seks pada pertengahan hingga akhir kitaran haid mereka.

Bagaimana menghitung hari ke-14 ini? Hari pertama keluarnya darah haid adalah hari ke-1 dalam kitaran haid. Jadi apabila datang bulan berakhir selama lima hari, maka waktu yang terbaik bagi anda dan pasangan untuk hubungan seks adalah sembilan hari selepas itu.

Klik sini ~ UBAT KUAT LELAKI

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.