Pengawal bunuh pegawai Ambank berjaya ditangkap

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.