Perkosa Wanita Penderita HIV, Lelaki Ini Gundah Gulana Menanti Hasil Ujian Darah

Lelaki berumur 27 tahun ini tengah dilanda gundah gulana. Mana tidaknya dia sedang menunggu hasil pemeriksaan untuk memastikan apakah dirinya telah dijangkiti virus HIV atau tidak.

Perkosa Wanita Penderita HIV, Lelaki Ini Gundah Gulana Menanti Hasil Ujian

Richard Thomas sewajarnya berasa gelisah. Apalagi, lelaki berasal Manchester, United Kingdom itu telah dihukum penjara lima tahun atas dakwaan memperkosa seorang wanita. Yang sengalnya, wanita itu ternyata mengidap virus HIV! Perkara inilah yang tidak diketahui Thomas sebelumnya.

Dalam perbicaraan mendedahkan, Thomas mengenali korbannya dan tahu bahawa wanita itu mengidap satu penyakit. Namun Thomas tidak pernah tahu kalau wanita itu juga dijangkiti virus HIV.

Dalam sidang pembacaan keputusan yang ddengar di mahkamah Liverpool Crown Court seperti dipetik Daily Mail, didedahkan bahawa Thomas sangat terkejut ketika diberitahu bahawa mangsa penderita virus HIV. Thomas pun meminta agar dirinya dibawa ke rumah sakit untuk menjalani pemeriksaan.

Dinyatakan bahawa Thomas masuk ke rumah mangsa malam hari pada 20 Julai lalu apabila mangsa tertidur nyenyak. Thomas telah memperkosa wanita itu.

“Dia (korban) diam ketakutan dan tak mengeluarkan kata-kata. Terdakwa kemudian memakai seluarnya dan pergi,” kata pendakwa raya, Harry Pepper.

“Dia (defendan) ditangkap dan disoal siasat dan mengatakan dirinya ketika itu terlalu mabuk, mengambil kokain dan ecstasy dan tak boleh mengingati insiden itu,” tambah Pepper.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.