Petua Menegangkan Payudara

Setiap wanita pasti menginginkan payudaranya kelihatan montok, tegang dan besar namun tidak semua wanita mempunyai payudara yang sedemikian. Oleh yang demikian, seorang wanita yang ingin memasang impian tersebut haruslah berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan payudara yang cantik dan menawan. Di bawah ini terdapat petua montokkan payudara yang boleh dijadikan amalan untuk tujuan tersebut.

Petua Menegangkan Payudara

Petua Menegangkan Payudara

Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah payudara menjadi kendur, tidak tegang dan tidak bermaya seperti dahulu.

  • Ambil beberapa helai daun sirih Melayu yang bersaiz lebar dan berwarna hijau. Tuang sedikit minyak kelapa (sebaiknya dibuat sendiri) di atas daun sirih. Salaikan di atas api lilin dan tekapkan pada payudara. Lakukannya berulang kali sehingga ianya kering. Orang-orang tua terdahulu menggelarkan petua ini sebagai ‘Petua Sayang Suami’. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan.
  • Dapatkan dan kupas setengah biji labu. Masak ia sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 15-20 minit. Amalkanlah 2 kali seminggu.
  • Sapukan putih telur disekeliling payudara dan biarkan ianya kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.
  • Amalkan minum air kanji (air didih nasi) sebelum masuk tidur pada malam hari. InsyaAllah petua ini mujarab. Barulah suami senyum melihat payudara anda.

Petua Mencantikkan Payudara

  • Ambil dan panaskan dua sudu minyak sapi kemudian dibiarkannya sejuk. Sapu dan urutkan disekeliling payudara selama 10-15 minit. Basahkan tuala dengan air suam dan lap sehingga bersih.
  • Tumbuk sekurang-kurangnya 10 ulas bawang merah sehingga menjadi halus. Sapukannya di sekitar payudara jangan sampai mengenai puting. Biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dan bilas payudara dengan air bersih.

Petua Memerahkan Puting Yang Lebam

  • Caranya ialah dengan menumbuk 3 helai daun sirih sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perahkan air sirih ini dan sapukannya di sekitar puting payudara. Lakukanlah setiap malam. InsyaAllah, puting payudara anda yang sebelum ini kelihatan lebam dan hitam akan bertukar kepada warna asal.

Petua Memulihkan Puting Yang Kelihatan Retak-retak

  • Ambil minyak kelapa hijau dan campurkan ianya dengan sedikit halba. Sapukannya di puting payudara anda. Ingat jangan lakukan ketika anda menyusukan anak. InsyaAllah retak-retak di puting payudara itu akan kembali normal.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.