Rakyat Malaysia perlu berterima kasih Rosmah lawat Qatar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar.

first lady mansor

Beliau malah menggesa anggota Parlimen serta rakyat Malaysia agar berterima kasih kepada Rosmah Mansor atas lawatan tersebut.

Kenyataan itu dibuatnya pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Semalam beliau diasak bertalu-talu oleh MP Pakatan Rakyat berkenaan perkara itu dalam Dewan Rakyat.

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan berterima kasih dengan penat lelah (beliau ke sana).

“Ini lawatan yang kita pergi secara bertanggungjawab dan secara telus. Lawatan ini dibuat setelah dipohon kepada kabinet.

“Bagi pihak ahli-ahli parlimen, kita ucap terima kasih kepada isteri PM kerana hasil lawatan tersebut cukup positif kepada negara,” kata Shahidan.

Rosmah pada 10 November hadir ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Semalam di Parlimen, lawatan itu menjadi topik perbincangan selepas MP Gombak Azmin Ali, membangkitkannya dan mendakwa ia dibuat menggunakan jet eksekutif atas perbelanjaan negara. – malaysiakini

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.